Ubahsuai Bilik Kosong Kepada Kamar Bertema Warna Pink

4,546 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bestnyer kalau ada bilik tidur yang cantik, berseri-seri dan tambahan lagi warna juga bertemakan warna pink yang menawan dan menyerlah. Jika ingin melihat inspirasi bilik tidur berwarna pink bolehlah melihat perkongsian daripada Ahmad Khairudin ini.

Beliau telah melakukan ubahsuai sebuah bilik yang kosong kepada bilik tidur bertemakan warna pink yang cantik. Hasilnya juga telah dikongsikan didalam perkongsian beliau. Jom kita lihat bagaimana ubahsuai bilik kosong ini dilakukan. Mungkin anda dapat jadikan ubahsuai ini sebagai inspirasi untuk dilakukan dirumah.

Ubahsuai Bilik Kosong Menjadi Sebuah Bilik Tidur Yang Cantik Berwarna Pink

PROJEK DIY KAMAR HS (Hayla Sofea)

~KOS KESELURUHAN RM1774

~Ruang bilik ni sebenarnya kosong dan hanya dipakai untuk shooting sahaja. Dah lama sangat bilik ni kosong n kita ubah suai untuk dijadikan bilik anak perempuan.

Semua ni 100% DIY oleh saya sendiri dengan perbincangan bersama wife berkenaan tema apa dan konsep yang sesuai berdasarkan minat Hayla Sofea.

Proses Makeover ni ambil masa sikit kali ni ( ada sbulan kot) sebab semua barang dapat secara online dan ada yang dari China (Maklumlah time PKP kan).

Untuk butiran barangan online saya ada sertakan link. Semoga perkongsian ini memberi idea dan manfaat yang penting kalau DIY ni JIMAT BANYAK! selamat mencuba n sharing idea ye.

~ untuk memudahkan semua nak refer, saya ada sertakan link barangan yang saya beli.

Barangan-Barangan Yang Digunakan Untuk Ubahsuai Bilik Tidur

Sebelum / Selepas Pengubahsuai Dari Bilik Kosong Menjadi Bilik Tidur

Berikut merupakan gambaran bilik kosong sebelum ubahsuai dilakukan dan juga hasil bilik tidur selepas dilakukan. Anak-anak sudah tentunya meminati warna pink.

Ubahsuai Bilik Kosong

Lukisan dinding menjadi pilihannya.

Ubahsuai Bilik Kosong

Ruangan untuk anak belajar, membuat kerja sekolah. Kalau dah bosan bolehlah tenangkan inda tengok keindahan alam diluar.

Ubahsuai Bilik Kosong

Kayu yang digunakan untuk melakukan shiplap wall didalam bilik tersebut.

LED Strip untuk menambahkan lagi suasana yang cantik di sekeliling bilik ini.

Ramai yang tanya apakah kod warna yang digunakan untuk mengecat bilik ini. Kod warna yang digunakan adalah Pretty In Pink, Ella, Eye dan juga Peach Melon. Warna pink tu lembut jer.

Dekorasi bilik tidur milik Hayla Sofea yang siap sepenuhnya dan bersedia untuk menerima puterinya.

Ubahsuai Bilik Kosong
Ubahsuai Bilik Kosong
Ubahsuai Bilik Kosong
Ubahsuai Bilik Kosong
Ubahsuai Bilik Kosong

Sumber : Ahmad Khairudin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down