Bilik tidur sekiranya kelihatan kurang menarik dan tidak ceria, sudah pasti kita terfikir untuk mengubahsuainya kepada satu konsep baru. Begitu juga dengan bilik tidur anak, ia juga layak diberikan nafas baru bagi memastikan anak-anak dapat tidur dan berada di dalam keadaan yang selesa.
Ubahsuai bilik pada kali ini cukup istimewa kerana biasanya kebanyakan pemilik rumah akan memasang kayu shiplap secara melintang. Namun, pemilik rumah ini yang bernama Nor Azura Abdul Aziz memilih untuk melakukan pemasangan pada bilik anaknya secara menegak.
Untuk mengetahui cara pemasangan dan proses DIY dengan lebih lanjut, boleh ikuti di bawah ini.
Alhamdulillah. Done deco bilik anak dengan cat semua.
Ubahsuai yang dilakukan adalah:
Rupa dan keadaan bilik sebelum diubahsuai.
Cat yang digunakan.
Kayu shiplap mula dipasang secara menegak pada bahagian bawah dinding.
Bahagian pada dinding tempat letak katil juga turut dipasang kayu shiplap.
Pada bahagian dinding atas, beliau memilih untuk dicat dengan warna putih dan menghasilkan sedikit lukisan mural yang cukup kreatif.
Keadaan dinding bilik ini setelah selesai dideco.
Pada bahagian lantai, beliau lebih memilih untuk pasang lantai vinyl.
Keadaan bilik setelah selesai diubahsuai.
Sangat menarik dan kreatif hasil ubahsuai yang dilakukan oleh pemilik rumah ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.