Ubahsuai Bilik Tidur Ibu Ayah Berusia 20 Tahun

52,835 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Apabila melihat keadaan bilik tidur lama yang kelihatan lusuh, memang akan timbul rasa dan terdetik untuk melakukan ubahsuai supaya kembali kelihatan cantik.

Lagi-lagi kalau bilik itu adalah bilik tidur ibu dan ayah kita. Sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat mereka. Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadzirah Osman. Beliau dan adik beradik lain telah melakukan ubahsuai bilik tidur yang berusia 20 tahun tersebut kepada konsep yang cukup menarik.

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.

Ubahsuai Bilik Tidur Ibu Ayah Berusia 20 Tahun Kepada Konsep Moden

Dekorasi bilik untuk mak ayah

Almari ini sudah berusia 31 tahun, ia merupakan hadiah kahwin ibu dan ayah.

Ubahsuai Bilik Tidur Ibu Ayah

Kertas pada dinding tersebut merupakan lukisan beliau sewaktu sekolah rendah. Ibunya masih tampal dekat situ sebagai kenangan. Kini, beliau sudah berumur 31 tahun, tetapi ibu masih tak nak buang lagi lukisan-lukisan itu.

Sebenarnya beliau telah lama berniat untuk melakukan ubahsuai. Dua minggu lepas, baru ibunya membenarkan mereka untuk makeover bilik ibu dan ayahnya itu.

Selama 20 tahun lebih, bilik ini seperti tidak pernah diusik. Ibunya jenis tak suka membazir. Pakai je barang itu selagi boleh pakai dan suka simpan barang walaupun sudah tak boleh digunakan lagi.

Ubahsuai Bilik Tidur Ibu Ayah

Keadaan bilik tidur selepas diubahsuai dengan konsep dan gaya baru.

Ubahsuai Bilik Tidur Ibu Ayah
dekorasi bilik tidur

Ini pula keadaan susun atur barangan hiasan pada bahagian kabinet dan pada bahagian langsir.

dekorasi bilik tidur
dekorasi bilik tidur

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dalam mencari idea dan sumber inspirasi kepada. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down