Makeover Bilik Lusuh Kepada Konsep Modern Simple

9,005 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki bilik sendiri yang cantik dan kemas adalah impian setiap penghuni bilir tidur. Itu yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Firdaus Hanafi Ismail. Beliau telah menukarkan bilik lama yang lusuh kepada konsep baru yang cantik dan sedap mata memandang.

Apa yang menarik untuk perkongsian kali ini adalah dari bilik yang berkeadaan usang mampu ditukarkan menjadi satu bilik yang cukup menarik. Sebelum ini, pada bahagian dinding bilik ini dipenuhi dengan bekas tape lama. Keadaan warna dinding juga agak pudar dengan tonar warna pink lama.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian gambar yang menarik ini.

Transformasi Bilik Lusuh Kepada Konsep Modern Simple

Alhamdulillah siap pun hasil mendeco bilik saya. Sebenarnya bilik ini dulu bilik kakak saya. Sebab tulah warna pink.  Sakit mata tengok hari-hari warna pink.

Saya memang tidak berapa suka warna pink (maaf kepada peminat pink). Tahun lepas ada juga tampal wallpaper tapi tertanggal dan macam tak cantik sangat. Jadi saya tanggalkan semua.

Keadaan bilik sebelum diubahsuai.

Keadaan bilik selepas diubahsuai.

Keadaan bilik ketika lampu utama dipadamkan.

Dekorasi bilik dengan susunan dan dekorasi yang menarik pada dinding.

Tempat susun barangan keperluan harian.

Dekorasi dinding yang menarik.

Transformasi Bilik Lusuh

Dekorasi cermin dan rak pada dinding dengan susunan yang cukup teratur.

Transformasi Bilik Lusuh

Pandangan dari arah hadapan pintu bilik.

Transformasi Bilik Lusuh

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu mereka yang mahu mencari idea untuk mendekorasikan bilik tidur.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down