Secara kebiasaannya, dapur yang cantik, bersih dan kemas sudah sememangnya menjadi idaman buat suri rumah. Namun, jika masih bujang dan belum berkahwin pun perlu deco dan cantikkan dapur sendiri tau.
Itulah yang dilakukan oleh lelaki bujang ini yang bernama Emad Azry. Beliau telah mengubahsuai dapur miliknya itu kepada satu konsep yang cukup menarik dan kelihatan fresh.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Alhamdulillah, siap dapur bujang sebelum Chineese New Year. Boleh la buat masak Meggi. Kerusi bar itu kita beli nanti masuk claim overtime hujung bulan 2 nanti.
Terima kasih group ini banyak suggest warna dan idea untuk kitchen.
Bahagian dapur ini semasa projek ubahsuai sedang dilakukan dengan memasang pintu pada kabinet bawah dapur.
Proses pemasangan pintu bawah selesai dilakukan. Langkah seterusnya pula adalah melakukan pemasangan pintu pada bahagian rak atas pula.
Beginilah rupa bahagian dapur ini setelah berjaya diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk hasilkan deco dapur seperti ini.