Ubahsuai Dapur Kecil Rumah Kampung Guna Dinding Tiles

8,754 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah menjadi impian bagi setiap suri rumah mahu memiliki dapur yang cantik dan kelihatan menarik. Walaupun dapur yang dimiliki pada ketika ini hanyalah dapur ruang sempit dan terhad, itu bukanlah menjadi penghalang buat pemilik rumah ini yang bernama Sarah Hassan. Beliau telah melakukan ubahsuai dapur kecil pada rumah kampung tersebut menjadi dapur idaman seperti yang diidamkan olehnya.

Apa yang membuatkan perkongsian ini lebih menarik, projek ubahsuai dan dekorasi yang dilakukan adalah hasil daripada air tangannya sendiri. Walaupun tidak semewah rumah orang lain, dekorasi yang dilakukan sudah mampu membuatkan bahagian dapur rumahnya kelihatan kemas dengan konsep yang sangat kreatif.

Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Dapur Kecil Rumah Kampung

Perkongsian dapur kecil rumah kampung saya. Sudah 3 tahun proses ubahsuai dilakukan. Sebelum ini bagi sewa rumah. saya tinggal dengan mertua.

Ini adalah salah satu gambar sebelum dapur diubahsuai. Gambar sebelum ubahsuai dapur tak banyak sebab lupa nak ambil. Bahagian backsplash tersebut beliau naikkan sampai syiling sebab syiling rendah sahaja senang nak mengelap dikemudian hari jika minyak dan kotoran terpercik.

Ubahsuai Dapur Kecil Rumah Kampung

Keadaan ruang dapur setelah selesai diubahsuai. Konsep yang digunakan adalah Open Shelves ruang terhad. Corak dekorasi pada dinding bukanlah menggunakan wallpaper, tetapi menggunakan tiles.

Ubahsuai Dapur Kecil Rumah Kampung

Beliau berkata, sekarang tengah menabung lagi nak buat kabinet dapur. Beliau lebih gemarkan kabinet dapur yang berkonsepkan warna putih sahaja tetapi rasa macam tak ada keyakinan nak buat. Jadi, untuk sementara waktu, beliau meletakkan kain langsir skirting terlebih dahulu bagi melindungi bahagian bawah tersebut supaya kelihatan lebih kemas.

ubahsuai dapur kampung
Ubahsuai Dapur Kecil Rumah Kampung
ubahsuai dapur kampung

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca dalam mencari idea dan sumber inspirasi untuk melakukan dekorasi dapur seperti ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down