Makeover Bahagian Dapur Rumah Mak Kembali Cantik Berseri

13,020 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kepada anda yang mempunyai ibubapa umur semakin tua ini, sebagai anak ini seeloknya anda jengukkan dan ambil berat terhadap mereka. Jika dibiarkan sebegitu dirumah, kita tidak tahu macam mana keadaan mereka. Bila ibubapa ini dah tua dan tak larat kadang-kadang rumah tidak ada orang nak mengemas.

Sebagai contoh yang dikongsikan oleh Suhaira Ramli ini, beliau dan adik-beradik bersepakat dan bertungkus lumus untuk melakukan sebuah makeover bahagian dapur dirumah ibubapa mereka. Keadaan dapur sangatlah tidak teratur dan tidak kemas kerana kedua ibubapa beliau uzur.

Hasil akhir dan selepas makeove tersebut turut dikongsikan untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang inginkan dapur konsep simple dan minimalis tanpa memerlukan banyak barang.

Dari Dapur Lama Kini Kelihatan Cantik Dengan Melakukan Makeover Bahagian Dapur

Makeover rumah mak.

Part 1 : Kitchen

Mak dah tua dan ada dementia. Abah pon sama dan bedridden juga. Mereka sudah sangat uzur dan tidak mampu mengurus rumah dengan baik. Alhamdulillah kami adik beradik bermuafakat dan bergotong royong untuk beri rumah yang selesa untuk mak abah. Doakan ibu bapa kami ya

Keadaan Dapur Rumah Mak Yang Dahulu

Beginilah keadaan dapur rumah mak sebelum apa jua makeover dapur dilakukan ini. Kelihatan sangat bersepah sebab mak dan ayah pun dah uzur. Mungkin tak larat nak kemaskan sekaligus.

Makeover Bahagian Dapur

Tengok susunan gelas diatas rak tersebut. Sangatlah tidak tersusun dan sampah juga dah tinggi macam bukit.

Makeover Bahagian Dapur

Hasil Akhir Selepas Makeover Bahagian Dapur Ini Dilakukan

Alhamdulillah. Setelah bermuafakat dengan adik-beradik untuk lakukan makeover ini, akhir siap juga makeover bahagian dapur rumah mak ini. Walaupun letih sebab bertungkus lumus melakukan makeover ini namun kami sangat berpuas hati dengan hasil akhir daour ini.

Kesemua barangan ini banyak dibeli dari shopee. Berkonsepkan minimalis sebab tak mahu dapur baharu ini nampak serabut macam dapur yang dahulu. Buat konsep sebegini dapur kelihatan sangat luas dan cantik.

List Barangan Beli

Makeover Bahagian Dapur
Makeover Bahagian Dapur

Ini pula adalah bahagian laundry. Memang nak asingkan sebab sebelum ini mesin basuh berada pada bahagian dapur. Disebabkan tidak sesuai maka terhasilnya laundry area sebegini.

Makeover Bahagian Dapur

Kredit : Suhaira Ramli

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down