Dapur yang cantik dan menarik sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sentiasa menjaga keadaan persekitaran dapur rumah mereka.
Sesetangah individu, mereka tidak begitu suka keadaan dapur yang berserabai dan kurang kemas. Jadi untuk memastikan dapur itu kelihatan sedap mata memandang, tidak salahnya kita cuba melakukan perubahan pada kawasan dapur tersebut.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Nadirah Yusoff. Beliau telah melakukan ubahsuai dapur lama kepada konsep kitchen island yang cukup menarik dan kelihatan sangat luas.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom kita terus ikuti di bawah ini.
Assalamualaikum.
Hanya mahu berkongsi my humble kitchen island.
Alhamdulillah. Pertama kali share di sini. Selama ini hanya sekadar silent reader sahaja.
Perancangan asal beliau mahu tambah kabinet peninsula bar. Namun, ada masalah ruang simpanan yang tidak pernah cukup.
Gambar ini ketika pertama kali pergi tengok rumah selepas dapat kunci Jun 2020. Sekali dengan check defect semua.
Ketika ini bahagian dapur dalam proses ubahsuai.
Proses pemasangan pintu dan box up selesai.
Gambar bahagian dapur ini selepas diubahsuai.
Pada ketika ini, proses ubahsuai hanya tinggal pasang pintu kabinet dan box up atas sahaja. Beliau memang tidak merancang untuk buat kabinet sampai siling sebab tidak begitu rajin memanjat nak simpan barang.
Kawasan table bar.
Layout rumah ini tidak ada tempat sesuai nak letak mesin basuh. Jadi, terpaksa kacau area dapur juga.
Mengikut perancangan asal, beliau nak letak mesin sebelah kanan sekali sebab tidak mahu usik table top asal yang developer bagi. Namun, kontraktor kata susah nak hack jauh dan incase ada kebocoran, akan kacau belakang kabinet.
Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi idea dan inspirasi buat pembaca di luar sana dalam melakukan ubahsuai dapur.