Dapur yang cantik sudah pasti datang dari pemilik rumah yang sering menitikberatkan penjagaan dapur.
Untuk melakukan ubahsuai atau dekorasi pada dapur, ia tidak semestinya memerlukan dapur yang luas dan baru, dapur rumah lama juga boleh diubahsuai supaya ianya kelihatan cantik dan baru semula.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Wardah Abdul Rahman. Beliau telah berjaya melakukan ubahsuai dapur rumah teres miliknya hanya bermodalkan RM15 sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Deko dapur hari ini. Ini baru 1 bahagian dapur. Pelan-pelanlah mendeko. Esok sambung bahagian lain.
Dapur rumah teres kos sederhana. Modal tak sampai RM15. Guna apa yang sudah ada dan tambah sikit-sikit sahaja barang kedai ECO. Enjoy!
Sebenarnya, sakit hati dengan tingkap ini, rasa macam rugi ruang sebab sudah tidak berfungsi sejak tambah bahagian belakang.
Beliau lakukan ubahsuai sedikit dengan memasang para untuk meletakkan bekas rempah dan herba. Selepas itu, beliau memilih untuk membuang mana-mana cermin nako yang sudah tidak perlu. Langsir bawah singki itu guna table cloth dan lekat guna double sided tape yang kuat.
Para ini dulunya merupakan tempat letak penapis air Bio aura. Sekarang beliau sudah pakai coway, para ini sudah jadi tempat letak bermacam-macam benda. Ubat kucing dekat situ, parang pun letak dekat situ juga.
Kemudian, beliau balut dengan wallpaper dan tambah cangkuk. Papan lembut tak perlu pakai drill. Gantunglah apa yang boleh gantung dekat situ.
Bahagian ini tempat sangkut mop dan penyapu. Selepas tambah ruang belakang, sudah tidak lagi digunakan.
Jadi, solusinya adalah dengan menukarkan bahagian itu papan cantik ini. Sebab papan jenis lembut, senang nak tambah cangkuk habuan gantung apron, kain lap tangan dan apa-apa yang sesuai.
Beliau lakukan seperti ini sebab dekat sebelah kanan ada dapur, jadi beliau pilih untuk letakkan Coway di sebelah kiri. Jadi orang Coway pasang seperti ini.
Bahagian tersebut diselitkan sedikit dengan dekorasi daun serta penggunaan pasu ala-ala spilled flower pot, tiru gaya mat salleh. Menarik kan deco simple yang dihasilkan bermodalkan RM15 sahaja tau!
Rasanya setakat itu sahaja perkongsian deco dapur pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.