Projek DIY Premium Rak Singki Outdoor Permintaan Dari Isteri Tercinta

828 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau memang sudah dianugerahkan bakat di dalam kerja-kerja pertukangan, buatlah apa saja, pasti akan menjadi. Itulah yang dapat digambarkan setelah melihat hasil projek DIY yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Ben Safwan.

Beliau telah berjaya menghasilkan rak singki outdoor premium yang sangat kreatif dan cantik. Jom kita lihat cara dan proses yang dilakukan di bawah ini.

Projek DIY Premium Rak Singki Outdoor Hasil Permintaan Dari Isteri Tercinta

Part 1: DIY premium rak singki outdoor - isteri sudah order. Masa untuk keluarkan line up dari mancave.

Pada mulanya, isteri puji rak jemuran kuali dan periuk yang dihasilkan sebelum ini. Maka, permintaan seterusnya pula adalah rak singki outdoor pula.

Kita sebagai suami perlu mengiyakan sahaja. Jadi, tak ada masalah, terus beliau on projek rak singki outdoor ini. Anggaran saiz ialah 4, 1/2 kaki panjang x 3 kaki, tinggi x 2 kaki lebar.

Premium Rak Singki Outdoor

Langkah pertama yang dilakukan, beliau pergi kedai hardware, cari singki single sebiji yang besar dengan paip pilihan. kemudian, order 6 batang besi biru. Selepas itu, pergi mancave, keluarkan line up baru.

Premium Rak Singki Outdoor

Beliau menggunakan mesin cut-off saw untuk memudahkan kerja potong besi dan kompressor 10 liter untuk sambung pada air rivet gun dan ambil etching primer.

Premium Rak Singki Outdoor

Etching primer ini cat undercoat khas untuk lekatkan coating besi biru dengan cat.

Premium Rak Singki Outdoor

Boleh teruskan baca sambungan projek DIY ini di bawah.

Part 2: DIY premium rak outdoor tempat jemuran periuk / kuali - siap sebelum spray finishing.

Beliau berkata, mungkin siap bagi orang lain tapi belum siap sepenuhnya bagi beliau. Selepas isi sealant semua, esok beliau akan spray primer supaya tahan karat.

Premium Rak Singki Outdoor


Sebolehnya, guna brand yang sama untuk thinner dan cat supaya lebih mudah dan lebih serasi.

Premium Rak Singki Outdoor


Beliau memang suka clean look. Walaupun kalau guna skru lebih cepat sedikit, tapi mata beliau tak berasa selesa kalau skru tertonjol di semua bahagian.

Sebab itulah beliau guna rivet dan tak ada masalah sebab selepas ini rivet guna air compressor yang beliau order akan sampai. Lagi senang nak buat kerja.

Premium Rak Singki Outdoor


Kos material yang digunakan adalah 6 batang (lebih 8 kaki sahaja). Jadi dalam RM210 dan tambah tolak rivet. Around RM220. Dengan harga sebegitu sudah dapat rak 6 kaki x 2 kaki, lebar x 3 kaki dan tinggi yang cukup kukuh.

Cara-cara berikutnya boleh rujuk di bawah ini.

Premium Rak Singki Outdoor
Premium Rak Singki Outdoor
Premium Rak Singki Outdoor

Okey untuk mengikuti langkah seterusnya, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Part 3: DIY premium rak singki outdoor - siap finishing esok dah boleh spray.

Beliau cukup berpuas hati hasilkan rak singki outdoor ini. Memang terasa kukuh sebab menggunakan hampir 3 batang besi C-Channel dan 3 batang besi batten/besi v. Saiz 4 1/2 kaki x 3 kaki dan tinggi x 20 inci lebar.

Premium Rak Singki Outdoor

Pada bahagian tapak, beliau guna double. Untuk support, beliau guna teknik bukaan tepi dan tengah. Bahagian tak nampak/dalaman baru beliau guna skru. Bahagian luar guna rivet.

Premium Rak Singki Outdoor

Beliau amat mementingkan safety untuk anak dan isteri. Segala part / bucu tajam digrinder melenkung, dikikir, diketuk, disapu simen sebelum digosok. Sebab beliau jenis yang buat bukan sekadar siap.

Premium Rak Singki Outdoor

Ini adalah rupa backsplash setelah siap dipasang. Tempat ini untuk letak paip pancut juga sebab beliau tak guna paip biasa.

Premium Rak Singki Outdoor

Pada bahagian sinki pula boleh angkat, tak pasang lagi sebab nak spray etching primer / antirust primer / kaler / clear esok. Betul-betul puas hati.

Premium Rak Singki Outdoor

Untuk langkah akhir, boleh teruskan bacaan di bawah.

Part 4: DIY premium rak singki outdoor - tamat sepenuhnya. siap sudah.

Beliau sangat berpuas hati dengan hasil rak singki outdoor ini. Hari ini spray etching primer sebagai lapisan pelekat antara coating besi biru dengan cat. Inilah rupa setelah siap, spray anti karat primer / iron oxide dan baru finishing black gloss.

Premium Rak Singki Outdoor

Kos ini subjektif. Sebab beliau DIY bukan untuk dapat harga murah, asal siap maka ianya subjektif.

Premium Rak Singki Outdoor

Contohnya boleh dilihat pada sinki yang dibeli dengan harga RM200 single bowl. Faucet / paip RM70.

Premium Rak Singki Outdoor
Premium Rak Singki Outdoor
Premium Rak Singki Outdoor

Tapi kalau kos material, besi biru hampir 3 batang, besi batten hampir 3 batang. Maka terhasillah projek DIY Premium kreatif seperti gambar di bawah ini.

Premium Rak Singki Outdoor

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga perkongsian DIY ini bermanfaat untuk semua.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down