Sangat jarang kita lihat transformasi dari keadaan rumah yang sudah berkonsep moden ditukar kepada gaya yang lebih klasik iaitu gaya industrial. Secara kebiasaannya, pemilik rumah lebih berminat untuk mengubahsuai rumah lama kepada konsep baru yang membuatkan ianya kelihatan moden.
Namun, itu semua tidak bagi wanita ini yang bernama Kezi Norhayu. Dengan nekad yang ditunjukkan olehnya, beliau berjaya tukarkan dapur tersebut kepada gaya industrial berkonsepkan Rough and Rustic.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang sangat menarik ini.
Deco rumah berkonsepkan Rough and Rustic.
Berlantaikan simen biasa. Suka struktur simen biasa. Suka sangat. Itu pilihan saya.
Walau pada awalnya penukaran tema dan mendapat tentangan yang hebat dari Encik suami. Mana taknya, habis tiles dicabut.
Alhamdulillah, bila sudah siap kemas, tak sangka dia pulak yang jatuh hati.
Bahagian lantai rumah setelah tiles dicabut bagi menghasilkan konsep rumah gaya industrial.
Lantai kebiasaannya, setelah selesai disimen akan kelihatan agak berdebu. Jadi, bagi memastikan lantai kelihatan berkilat, ia perlu gunakan finishing yang khusus untuknya. Boleh dapatkan di bawah ini:
Bahagian kabinet dapur setelah digayakan dengan konsep industrial. Jika mahu ianya lebih licin, ia perlulah digosok terlebih dahulu dengan menggunakan kertas pasir.
Selepas itu, barulah sapukan cat finishing tersebut dengan roller biasa yang tidak berbulu supaya kelihatan berkilat.
Bahagian counter top setelah dapur dan rak dipasang.
Susunan barangan dapur pada dinding.
Corak yang terhasil pada bahagian counter top dapur.
Balang yang digunakan dibeli dari Shopee.
Gambaran penuh keadaan dapur. Kos pemasangan kabinet bawah itu lebih kurang sebanyak RM3K.
Jika inginkan simen itu lebih berkilat, seeloknya beli penggilat simen batu supaya kelihatan licin permukaan tersebut. Barulah nampak basah simen dan lebih menarik.
Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.
Bahagian ruang bersantai.
Keadaan dinding ruang tamu.
Pandangan ruang tamu ke dapur.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.