Rumah merupakan syurga dunia buat kita dan keluarga. Walaupun dekorasi rumah yang kita hasilkan itu tidaklah sehebat dan semewah rumah orang lain, namun itu tidak mengapa. Asalkan kita sekeluarga dapat tinggal di dalam keadaan yang selesa dan tenang.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Sharifah Norashikin Jamalullail. Beliau dan suami berserta anak-anaknya telah menghasilkan ubahsuai keseluruhan rumah yang cukup kelihatan menarik dan fresh.
Untuk melihat ubahsuai yang dihasilkan dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.
Dulu tema merah (Polis FRU), sekarang tema rumput dan ocean blue (Balai Polis).
Tetiba berkenan dekat rumput carpet nih, merata kami pasang dia.
- Dinding ruang tamu.
- Depan rumah.
- Pagar rumah.
Pagar sebelah beliau belum buat lagi, beliau mahu kumpul duit terlebih dahulu.
Keadaan bahagian belakang rumah.
Bahagian kiri rumah.
Kerahan tenaga anak-anak untuk gotong-royong pada bahagian kanan rumah.
Pokok buluh itu beliau tebang dan letak dalam rumah jadikan hiasan. Kalau nak beli pokok hiasan, boleh tahan mahal harganya.
Kebun kecil pada bahagian tepi rumah.
Bahagian depan pagar rumahnya itu beliau buat sendiri sahaja. Sebelum ini upah tukang tetapi tukang itu buat kecil sangat simennya.
Pada bahagian pagar belakang dan kanan rumah beliau naikkan batu untuk elakkan dari binatang buas masuk.
Projek cat syelek kerusi.
Dapur ketika mula-mula masuk rumah ini.
Kabinet dapur ini beliau buat sendiri guna rak buku. Bahagian bawah belum buat lagi.
Fikir punya fikir, akhir sekali beliau cat dengan warna biru bahagian bawah itu sebab anak suka buat mural dekat bahagian dinding.
Bahagian dinding sebelum ini disapu dengan cat coating terlebih dahulu.
Bahagian ini belum siap lagi.
Okay sudah siap.
Wallpaper dari tahun 2018 lagi dan ada koyak sedikit.
Pokok buluh ambil tepi rumah tadi untuk dijadikan hiasan.
Tempat riadah mereka sekeluarga dengan menggunakan rumput karpet.
Bahagian sebelah luar pagar. Barulah ada privasi dan tak ada orang akan nampak anak-anak tengah mandi kolam.
Nak beli kayu Shera plank agak mahal, jadi kita guna rumput karpet. Ikat guna cable tie sahaja.
Rumput karpet sudah mula dipasang pada bahagian dinding rumah.
Inilah hasilnya setelah dinding ruang tamu menonton TV selesai dipasang rumput karpet.
Simple dan menarik sahaja ubahsuai yang dilakukan, janji selesa untuk mereka sekeluarga mendiami.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini, semoga bermanfaat untuk semua.