Ruang balkoni sering diabaikan oleh pemilik rumah dengan menjadikannya tempat letak barangan yang jarang digunakan dan tempat menjemur pakaian basah.
Ruang ini sudah pasti akan kelihatan suram kalau terus dibiarkan sebegitu rupa. Jadi, bagi menaikkan semula seri ruang tersebut, wanita ini yang bernama Nurhidayah Latif telah melakukan perubahan yang cukup drastik pada ruang tersebut supaya kembali ceria.
Untuk melihat ubahsuai yang dilakukan, jom terus ikuti perkongsian dibawah ini.
Idea terkejut, memang betul-betul isi masa terluang dengan hasilkan DIY ruang balkoni guna barang yang ada dekat rumah sebab tidak mahu membazir.
Maka terhasillah ruang ambik angin sambil layan tea o cicah biskut.
Keadaan ruang balkoni ini sebelum diubahsuai.
Dinding bahagian bawah dicat semula dan dideco dengan gaya baru yang sangat menarik dan ceria.
Bagi menambah seri, lampu LED (liplap) digantung dan dinyalakan.
Pada bahagian kerusi bersantai, ia diperbuat daripada kayu pallet. Pada bahagian kelilingnya pula dihiasi dengan lampu wayar hiasan.
Pemandangan pada waktu magrib dari ruang balkoni itu.
Aktiviti melihat sunset view sambil ngeteh.
Amacam? Cantik tak perkongsian ubahsuai ruang balkoni yang dihasilkan ini. Boleh la dijadikan tempat untuk bersantai dan berehat.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca diluar sana.