Penghasilan dekorasi rumah dengan konsep lain daripada yang lain sudah pasti cukup menjadi perhatian orang ramai.
Kalau di ikutkan, dekorasi yang biasa dihasilkan pada dinding ruang makan adalah wainscoting cermin dan cermin diamond sahaja. Namun, penghasilan deco dinding ruang makan yang dilakukan oleh Puan Suhaida Shuhed ini sangat luar biasa dan kelihatan nampak seperti 3D.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti di bawah ini.
Alhamdulillah siap juga akhirnya deco-deco bahagian dining.
Ruang makan sebelum diubahsuai.
Cat yang digunakan adalah Nippon Paint Easywash.
Ia dimulakan dengan proses mengecat dinding menggunakan cat warna kelabu.
Untuk menghasilkann corak diamond pada dinding, ia hanya perlu guna kayu sahaja.
Sebelum dipasang, susun atur terlebih dahulu dekat luar rumah bagi memastikan ianya okey atau tidak untuk dipasang pada dinding ruang makan.
Seakan 3D hasil dekorasi pada dinding ruang makan yang dihasilkan ini. Sangat kreatif dan menarik.
Setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat dijadikan inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi dinding seperti ini. Selamat mencuba.