Ubahsuai Ruang Tamu Dan Ruang Makan Bertema Arab Maghribi

1,996 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Konsep dekorasi rumah dengan suasana yang kelihatan antik kebiasannya diilhamkan dari budaya orang arab pada satu ketika dahulu. Namun, jika dilihat dari sudut deco rumah di negara kita, dekorasi seperti ini boleh dikatakan agak rare kerana jarang pada masa kini pemilik menggemarkan konsep dekorasi rumah seperti ini.

Sekiranya ada permintaan, sudah pasti ianya boleh dihasilkan oleh seorang interior designer yang tidak asing lagi iaitu Isa Al-Roomie. Dengan kegigihan yang jitu untuk menghasilkan dekorasi ala arab seperti ini, akhirnya beliau berjaya memehuni permintaan dari pelanggannya itu.

Untuk melihat proses ubahsuai dan hasil selepas berjaya diubahsuai, boleh teruskan bacaan berserta perkongsian gambar di bawah ini.

Ubahsuai Ruang Tamu Dan Ruang Makan Bertema Arab Maghribi

Sebelum, semasa dan selepas siap dekorasi dalaman ruang tamu dan ruang makan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. N dan Dr. A kerana memilih Isainterior. Keluarga yang begitu indah.

Satu perkara yang saya pelajari daripada projek ini adalah daripada pelanggan saya sendiri, anda boleh berpendidikan tinggi, berjaya dalam hidup, mempunyai anak yang comel tetapi masih boleh menjadi seorang yang sangat merendah diri dan sopan.

Terima kasih sekali lagi kerana membenarkan saya mencipta dalaman ini yang saya selalu kagumi, Interior Maghribi.

Tema : Modern Moroccan Wall : Cat dengan warna Antique White dari Jotun.

Bahagian ruang tamu ini semasa proses ubahsuai dilakukan.

Ubahsuai Ruang Tamu Dan Ruang Makan
Ubahsuai Ruang Tamu Dan Ruang Makan

Proses-proses ubahsuai diteruskan lagi.

Inilah hasil ruang tamu rumah ini setelah berjaya diubahsuai dengan jayanya.

Ubahsuai Ruang Tamu Dan Ruang Makan

Ruang makan setelah diubahsuai.

Sangat unik dan menarik sekali hasil ubahsuai yang berjaya dilakukan berkonsepkan deco dari negara maghribni ini. Rasanya setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca Giler Deco di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down