"Ukur baju di badan sendiri", itulah yang dapat digambarkan setelah melihat hasil dekorasi yang dilakukan oleh pemilik rumah ini.
Menurut beliau yang bernama Ita Mahat Che Ta, konsep rumah yang dihasilkan ini memang mengikut bajet termampu sahaja.
Beliau berkata, jika ingin menghasilkan dekorasi dan ubahsuai rumah, sebenarnya tak perlu ikut konsep seperti rumah orang kayangan kalau kurang berkemampuan. Kita boleh buat mengikut bajet sedia ada.
Jadi, bagi mengikuti kisah ini, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Dapurku tidak semewah seperti dapur orang lain. Tapi, aku bersyukur seadanya.
Aku seorang surirumah, suamiku hanya kerja kampung sahaja. Dari asalnya ruangan pakaian, aku jadikan dapur yang hanya berhiaskan wallpaper.
Aku gembira dengan caraku ,janji mataku sedap memandangnya.
Tema hijau putih.
Inilah ruang pakaian yang dikatakan tadi. Ruang ini akan diubahsuai sepenuhnya menjadi ruang dapur.
Beginilah rupa ruang tadi setelah selesai diubahsuai. Terus kelihatan lebih menarik dan kemas.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.