Ubahsuai Ruang Tamu Rumah Kecil Menjadi Panjang & Luas

2,900 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang tamu rumah sememangnya ruang yang tidak boleh lari lagi daripada kita dan juga tetamu yang datang bertandang kerumah. Masuk jer rumah sudah pastinya akan melalui ruang tamu dahulu sebelum boleh pergi kemana-mana ruang dapur, bilik tidur dan sebagainya.

Jadi, ini bermakna pentingnya ruang tamu untuk sentiasa dalam keadaan bersih, cantik dan kemas akan dipandang elok oleh tetamu yang datang. Ini yang dilakukan oleh Alya Arifin terhadap ruang tamu rumah beliau. Ianya diubahsuai dari ruang tamu yang kecil kini menjadi panjang dan luas.

Ingin melihat hasil sebelum dan selepas bahagian ruang tamu ini yang dilakukan ubahsuai ini? Jom kita melihatnya. Semoga ini juga dapat dijadikan inspirasi untuk anda semua.

Dari Ruang Tamu Rumah Yang Kecil Diuabahsuai Menjadi Panjang Dan Luas

Saya nak share ruang living sebelum dan selepas di transform , saya extend bahagian depan supaya living lagi panjang dan luas - concept modern and minimalist , boleh scroll tengok gambar sebelum ditransform

Dari Ruang Rumah Tamu Biasa Menjadi Cantik Konsep Minimalis Modern

Rupa kawasan ruang tamu yang dahulu. Dulu ruang ni tak panjang dan rasa sempit sahaja. Lama-lama teringin nak ruang tamu yang memanjang. Dari situ terfiir nak lakukan sedikit makeover agar kat sini nampak cantik.

Ruang Tamu Rumah

Ruang tengok tv bersama-sama keluarga tersayang. Datang tetamu pun lelah nak kemas kat sini kalau dah bersepah.

Hasil Selepas Ruang Tamu Ini Diubahsuai Agar Jadi Lebih Luas

Nak tengok hasil ubahsuai yang dilakukan ini? Inilah dia 😊

Banyak yang diubah ni antaranya adalah pintu dialihkan sebab ID mencadangkan untuk alih pintu ketepi dan alik depan buat folding kalau betul-betul nak nampak luas.

Menerapkan penggunaan dekorasi minimalis modern sememangnya pilihan yang betul untuk ruang tamu rumah sebegini. Keseluruhan nampak cantik ditambah pula tema warna putih dan biru.

Kala dulu tempat ni bersepah tapi kali ni tidak lagi.

Beza ruang tamu sebelum dan ruang tamu selepas ubahsuai ini dilakukan.

Kredit : Alya Arifin

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down