Dekorasi dalaman rumah dengan menggunakan gaya wainscoting dan dinding shiplap pada masa kini cukup diminati oleh kebanyakan pemilik rumah.
Kebanyakan pemilik rumah lebih gemar melakukan dekorasi dengan cara DIY sahaja dan ada juga yang menggunakan khidmat pakar supaya penghasilan deco rumah lebih cantik dan menarik.
Namun, untuk perkongsian kali ini, seorang lelaki yang bernama Mohd Asmawi Bin Che Ghani telah memilih untuk menghasilkan ubahsuai rumah dengan cara DIY sahaja.
Jadi, jom sama-sama kita lihat dengan lebih lanjut bagaimana projek DIY ini dihasilkan.
Sebelum dan selepas
Walaupun sudah dekat 2 tahun buat. Kita share jugalah.
Bahagian pintu dan dinding rumah sebelum diubahsuai.
Bahagian luar rumah semasa proses pemasangan kayu shiplap dilakukan.
Bahagian luar rumah setelah selesai dipasang dinding shiplap dan dicat dengan warna putih. Cat yang digunakan adalah cat Jotun bare. Lampu hiasan it boleh didapati di Houses Lightings Puchong atau boleh dibeli secara online di Shopee.
Link Shopee :
Dekorasi pada bahagian dinding ruang tamu dengan menggunakan wainscoting dengan hiasan kabinet dan cermin sebagai penyeri.
Bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Bahagian dinding pada sebelah lagi dipasang wainscoting cermin.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan ubahsuai secara DIY. Semoga bermanfaat.