Siapa sangka, rumah lama yang sangat kelihatan lusuh ini mampu diubahsuai dan ditukarkan menjadi cukup mewah dan menarik seperti kondominium.
Sejujurnya, jika dilihat keadaan asalnya selepas dibeli, sudah pasti ramai yang tidak mahu memilikinya. Namun, tidak bagi lelaki ini yang bernama Shaiful Rizuan Jeffri. Selepas membeli rumah subsale ini, beliau bertekad untuk memberikan nafas baru terhadap rumah ini.
Untuk melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan dibawah ini.
Keadaan sebelum dan selepas, luar flat dalam macam condo. Alhamdulillah rumah pertama yang saya beli subsale.
Mungkin kalau orang tengok keadaan sebelumnya itu mesti tak nak beli. Semoga boleh beri inspirasi kepada orang muda.
Renovate ambil masa sebulan.
Keadaan dalaman rumah ketika baru dibeli. Rumah ini berkeluasan 680 sqft.
Rumah flat ini memiliki 3 bilik, 1 toilet, 1 bathroom, tapi, satu bilik itu beliau ubahsuai jadikan wardrobe.
Inilah hasil keadaan ruang tamu selepas diubahsuai. Beliau mengambil masa sebulan untuk mengubahsuai rumah ini.
Keadaan ruang tamu jenis memanjang selepas diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan dapur selepas diubahsuai.
Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai. Proses seterusnya pula adalah dengan melakukan dekorasi.
Keadaan ruang tamu jenis memanjang selepas diubahsuai.
Bahagian bilik tidur selepas diubahsuai.
Kos untuk menghasilkan dekorasi seperti ini sekitar RM25k.