Sebelum Dan Selepas Renovasi Dapur Moden Cantik Dilakukan

7,757 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bahagian dapur ini sememangnya memang tak boleh kelihatan tidak cantik atau juga tidak terurus. Lebih-lebih lagi kalau para-para wanita yang suka memasak didapur. Sudah semestinya menginginkan sebuah dapur yang kelihatan moden dan cantik berseri-seri.

Seperti yang dikongsikan oleh Jaja Fuad, beliau menunjukkan hasil sebelum dan selepas renovasi dapur moden beliau yang dilakukan. Dapur tersebut telah diperluaskan agar ia menjadi lebih luas dan senang untuk meletakkan banyak perabot.

Jom kita melihat bagaimana rupa dapur beliau yang sebelumnya berbanding dengan rupa dapur selepas renovasi dilakukan ini.

Hasil Akhir Sebelum Dan Selepas Renovasi Dapur Moden "Light Grey" Yang Dilakukan

Before after Kitchen renovation

Konsep modern dengan pilihan warna light grey dan sedikit dark grey. siap sepenuhnya dalam masa 3 bulan. Kami ambil 2 contractor yang berbeza untuk renovation dan kitchen cabinet.

Bagi saya ambil 1 contractor untuk kedua-dua job lagi mudah untuk orang yang tak berapa tahu bab design n plan macam kami ni. Pening juga nak match kan ukuran bila belah sinin tanya n belah sinun tanya. Garu kepala juga lah..nasib tak botak. Kitorang pulak yang hari2 pegang measure tape.

Tiada wet dan dry kitchen. sekaliguskan je sebab mak penakut masak sorang2 di dapur. Sebab tu pintu buat folding, boleh bukak luas-luas.Alhamdulillah, selesai juga renovasi dapur yang dilakukan ini.

Inspirasi dari group deko dan juga ighometourmalaysia

Renovasi Sebuah Dapur Moden Yang Bertemakan Warna "Light Grey"

Dapur yang asal sebelum dah ada namun saya buat lagi renovasi dapur ini dengan extendkan lagi dalam 9 kaki x 14 kaki. Nak jadikan lebih luas dan memanjang lagi.

Proses renovasi yang sedang dilakukan pandangan daripada luar.

 renovasi dapur moden

Alhamdulillah, siap juga renovasi bahagian dapur yang dilakukan ini. Depan esbok tu anak-anak bole guling teman mak diorang memasak.

 renovasi dapur moden

Siang bukak pintu luas-luas bila memasak je. Semerbak bau bil.

 renovasi dapur moden

Sebelum pasang langsir, seram pulak malam2 kalau ada yang perati.

 renovasi dapur moden

Gambar dibawah ini adalah dapur sebelum. Beli rumah subsale dah ada kitchen. Cabinet ni ada yang bagi pada kawan.

Dapur dan hood ni pun beri pada kawan.

 renovasi dapur moden

Sumber : Jaja Fuad

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down