Melakukan ubahsuai rumah memang agak memerlukan masa untuk siap. Lebih-lebih lagi apabila anda melakukan ubahsuai mengikut bajet yang anda ada sahaja. Jika ada bajet, barulah kerja berjalan. Itu yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Zapa Abdul Rahim. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah jenis memanjang guna shiplap wall.
Konsep rumah jenis ini memang kelihatan tidak begitu luas, tetapi jika ubahsuai yang dilakukan kena dengan gayanya memang kelihatan agak luas dan kemas.
Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah syukur ya allah. Lepas hampir 1 tahun kerja renovation (termasuk yang lain lain) baru siap seperti yang di inginkan.
Berjaya juga shiplap wall, walaupun amatur. Semoga jadi inspirasi dan dapat memberi manfaat.
Ini adalah keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu selepas diubahsuai.
Pandangan ruang memanjang dari arah pintu sebelum diubahsuai.
Bahagian pintu masuk selepas diubahsuai. Dekorasi yang dihasilkan cukup kelihatan mewah dengan penggunaan tona warna dan lampu yang menarik.
Bahagian dalaman rumah sebelum diubahsuai. Lampu juga belum dipasang lagi.
Inilah hasil penuh keadaan rumah setelah selesai diubahsuai dengan konsep dan gaya yang cukup simple tapi menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai ubahsuai rumah jenis memanjang guna shiplap wall untuk anda pada kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.