Tinggal di rumah kampung langsung tidak menghalang keluarga ini dalam melakukan ubahsuai rumah walaupun dengan cara bajet. Walau hanya deco dengan cara bajet, namun dengan keinginan yang kuat untuk memberikan nafas baru terhadap rumah tersebut, mereka berjaya melakukan ubahsuai dengan konsep yang sangat kreatif. Â
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Aniss EstrellaLolita. Berbekalkan bajet yang ada, beliau memilih konsep deco yang cukup ringkas asalkan sedap mata memandang.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian ini.
Hai tukang-tukang semua.
Rumah ni rumah ayah, rumah kampung sahaja. Dah bertahun tak ada rezeki nak cat. Gigih tak gigih la. Penat tak boleh nak cerita.
Cara untuk membuang daki-daki pada dinding dan cat lama adalah dengan menggunakan water jet. Suaminya menggunakan water jet untuk basuh dinding luar itu disamping membuang cat-cat lama yang sudah pudar habis warnanya.
Selepas itu, beliau dan suami mengecat bahagian luar rumah pula.
Untuk bahagian bilik, mereka anak beranak berkongsi bilik. Cara untuk pisahkan tempat tidur mereka adalah dengan menggunakan almari baju 8 kaki sebagai divider pembahagi bilik. Bilik ada 3, satu untuk ayah dan satu lagi buat stor.
Almari baju sebagai pemisah tempat tidur anak.
Ini pula tempat tidurnya dan suami.
Semasa proses undercoat, beliau melakukannya sendiri untuk layer pertama dan kedua dalam bilik tersebut. Setelah selesai mengecat, seterusnya pula adalah dengan deco bilik.
Suami tukang pasang almari putih 3 pintu 4 pcs dan drawer 2 pcs. Almari tersebut dibeli dari Shopee.
Keadaan bilik setelah selesai dideko. Walapun rumah jenis kampung dan ruang terhad. itu langsung tidak menghalang mereka untuk ubahsuai rumah dan bilik tidur. Sangat kreatif cara yang dilakukan.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan ubahsuai untuk keselesaan keluarga sendiri.