Ubahsuai Rumah Kondo Duplex Diberikan Deko Cantik

479 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada pengalaman atau tidak yang menetap di sebuah rumah kondo duplex ini? Agak-agak sudah lama manakah usia kondo duplex yang anda duduki itu? Adakah sudah melebihi 10 tahun dan keatas? Jika usia kondo tersebut lama sebegitu mungkin dari segi rupa dalaman rumah tersebut dalam keadaan tidak okay ataupun lusuh.

Jika dalaman rumah kondo tersebut nampak sudah tidak cantik boleh sahaja lakukan beberapa ubahsuaian agar ianya kembali nampak cantik seperti yang dilakukan oleh Mohammad Khairi ini. Kondo beliau yang diduduki telah diberikan nafas baharu dengan deko-deko yang berseri dan menyerlah.

Untuk pengetahuan anda lagi, Mohammad Khairi menyatakan bahawa deko yang dilakukan semua ini memakan kos sebanyak RM8000. Wowww! Sememangnya jumlah yang banyak namun untuk deko yang cantik sudah tentu sanggup untuk keluarkan duit agar dapat hasil yang diinginkan. Jom kita lihat hasil dekorasi yang dilakukan ini.

Ubahsuai Rumah Kondo Duplex Hampir 10 Tahun Diberikan Sentuhan Dekorasi Yang Cantik

Assalamualaikum. Nak kongsi ubahsuai rumah kondo duplex agak lama (10 tahun) diberi sedikit nafas baru.

Asal : Kondo Duplex konsep open tiada bilik, 2 Bilik air bersaiz 580 kaki persegi.

Diubahsuai : 2 Bilik 2 Bilik air

Kerja-kerja mengecat, perpaipan, pemasangan lantai vinyl, perabot, curtain serta sedikit lampu adalah secara DIY.

Jumlah keseluruhan pengubahsuaian ringkas untuk semua perkara di atas all in rm8000.

Skop Kerja Dalam Melakukan Kerja Ubahsuai Rumah Kondo Ini

  • Pemasangan loteng ketahanan beban 1 tan untuk membesarkan sedikit ruang atas
  • Pemasangan Partition Gypsum Board beserta 2 Pintu Kayu untuk membuat ruang bilik
  • Pemasangan Siling Plaster di ruang dapur serta dapur gas dan Hood
  • Penukaran dan Pemasangan, penambahan lampu serta kipas baru seluruh rumah serta sedikit kerja2 pendawaian
  • Pemasangan Lantai Vinyl di bilik no 2
  • Penukaran LangsirKerja-kerja pembaikan dan penukaran perpaipan dan sinki.
  • Kerja-kerja mengecat seluruh rumah
  • Pemasangan sedikit perabut baru

Deko Sebelum Dan Selepas Proses Ubahsuai Rumah Kondo Ini Dilakukan

Rumah ini tidaklah luas sangat. Jadi ini adalah bahagian ruang tamu sekali dengan bahagian dapur yang dahulu.

Ubahsuai Rumah Kondo

Keadaan yang terkini selepas kami lakukan deko yang cantik pada kedua bahagia ini.

Ubahsuai Rumah Kondo

Bahagian ruang tamu yang asal dan selepas ubahsuai dilakukan.

Ubahsuai Rumah Kondo

Dapur juga kami kekalkan kabinet lama sebab dah nampak cantik.

Yang baharu pun kami tambah sedikit cahaya spotlight pada bahagian atas dan hood kitchen.

Ubahsuai Rumah Kondo

Ini pula adalah ruang atas bahagian loteng dirumah yang baru sahaj dipasang..

Masa ni saja letak katil dulu. Manatau boleh dijadikan tempat untuk tetamu berehat.

Ubahsuai Rumah Kondo

Bilik kecil nombor 2 yang ada tingkat atas selepas pemasangan stiker vinyl.

Bilik ini pula baru sahaja selesai proses tukar langsir.

Ubahsuai Rumah Kondo

Beralih kepada bahagian tandas pula. Tandas ni tak ada apa perubahan.

Ubahsuai Rumah Kondo

Untuk tandas hanyalah lakukan sedikit pembaikan dan penukaran paip.

Kredit : Mohammad Khairi Khalil

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down