Ada pengalaman atau tidak yang menetap di sebuah rumah kondo duplex ini? Agak-agak sudah lama manakah usia kondo duplex yang anda duduki itu? Adakah sudah melebihi 10 tahun dan keatas? Jika usia kondo tersebut lama sebegitu mungkin dari segi rupa dalaman rumah tersebut dalam keadaan tidak okay ataupun lusuh.
Jika dalaman rumah kondo tersebut nampak sudah tidak cantik boleh sahaja lakukan beberapa ubahsuaian agar ianya kembali nampak cantik seperti yang dilakukan oleh Mohammad Khairi ini. Kondo beliau yang diduduki telah diberikan nafas baharu dengan deko-deko yang berseri dan menyerlah.
Untuk pengetahuan anda lagi, Mohammad Khairi menyatakan bahawa deko yang dilakukan semua ini memakan kos sebanyak RM8000. Wowww! Sememangnya jumlah yang banyak namun untuk deko yang cantik sudah tentu sanggup untuk keluarkan duit agar dapat hasil yang diinginkan. Jom kita lihat hasil dekorasi yang dilakukan ini.
Assalamualaikum. Nak kongsi ubahsuai rumah kondo duplex agak lama (10 tahun) diberi sedikit nafas baru.
Asal : Kondo Duplex konsep open tiada bilik, 2 Bilik air bersaiz 580 kaki persegi.
Diubahsuai : 2 Bilik 2 Bilik air
Kerja-kerja mengecat, perpaipan, pemasangan lantai vinyl, perabot, curtain serta sedikit lampu adalah secara DIY.
Jumlah keseluruhan pengubahsuaian ringkas untuk semua perkara di atas all in rm8000.
Skop Kerja Dalam Melakukan Kerja Ubahsuai Rumah Kondo Ini
Deko Sebelum Dan Selepas Proses Ubahsuai Rumah Kondo Ini Dilakukan
Rumah ini tidaklah luas sangat. Jadi ini adalah bahagian ruang tamu sekali dengan bahagian dapur yang dahulu.
Keadaan yang terkini selepas kami lakukan deko yang cantik pada kedua bahagia ini.
Bahagian ruang tamu yang asal dan selepas ubahsuai dilakukan.
Dapur juga kami kekalkan kabinet lama sebab dah nampak cantik.
Yang baharu pun kami tambah sedikit cahaya spotlight pada bahagian atas dan hood kitchen.
Ini pula adalah ruang atas bahagian loteng dirumah yang baru sahaj dipasang..
Masa ni saja letak katil dulu. Manatau boleh dijadikan tempat untuk tetamu berehat.
Bilik kecil nombor 2 yang ada tingkat atas selepas pemasangan stiker vinyl.
Bilik ini pula baru sahaja selesai proses tukar langsir.
Beralih kepada bahagian tandas pula. Tandas ni tak ada apa perubahan.
Untuk tandas hanyalah lakukan sedikit pembaikan dan penukaran paip.
Kredit : Mohammad Khairi Khalil