Pasti ramai yang tidak pernah menyangka, tidak semua orang sanggup untuk membeli rumah yang sudah lama ditinggalkan. Tambahan lagi apabila kawasan luar dan bahagian dalaman rumah tersebut persis tempat tinggal pontianak.
Namun, itu semua langsung tidak menghalang Encik Alfian Mansor untuk membina teratak syurga buat keluarganya. Beliau telah melakukan ubahsuai dengan cara tersendiri.
Apa yang lagi menbuatkan perkongsian ini menarik adalah cara Encik Alfian Mansor dalam mengubah hampir keseluruhan kawasan rumahnya itu sangat harus dipuji. Hal ini kerana, beliau dan isteri telah berjaya menampakkan kawasan rumah yang seram menjadi rumah cantik yang tersergam indah.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut perkongsian mengenai ubahsuai rumah lama yang seram kepada rumahku syurgaku yang memukau ini.
Kalau tengok rupa asal, kus semangat. Macam sarang kuntilanak. Siapalah yang nak beli. Jiran-jiran lama selalu kata lubuk kak pontilah, port dia test vokal mengilai lah macam-macam lagi lah.
Sudahnya, setiap kali datang seorang diri, aku pergi dekat penjuru rumah laung azan. Tapi entah kenapa, masa first time je tengok, rasa nekad nak beli. Tak pernah lagi naik seram walaupun seorang diri. Aku anggap hanya gurauan.
Bila sampai je, sudah terbayang dekat sini nak letak apa, kat sana nak buat apa. Alhamdulillah, teratak kecil inilah syurga kami sekeluarga. Kami bina sama-sama. Buat sama-sama. Suami bancuh simen, isteri buat sirap, anak buat sepah.
Ada org kata, ada duit semua boleh jadi. Tapi percayalah, tak ada usaha, duit pun tak berguna.
Ini adalah keadaan sebelum ubahsuai dilakukan dengan gaya baru.
Seram bukan? Dalam kawasan rumah pun keadaan seperti ini. Memang patut kena panggil kawasan pontianak bertenggek.
Keadaan bilik ketiga dipenuhi dengan habuk najis kelawar. Bahagian atas itu jangan cerita, rasanya tidak perlu diceritakan. Sekali jolok macam coklat yang tumpah ke ladang gandum.
Kalau anda penggemar cerita hantu, pasti akan terbayang sesuatu dekat atas itu kan?
Cornice itu memang sudah luruh sebelum masuk rumah ini lagi. Orang kata, kalau pakai benda ini memang senang luruh. Seeloknya buang dan plaster balik dengan simen compound.
Anda rasa mual? Nak muntah hijau? Tara! Memperkenalkan lubuk lombong emas. Siapa seluk, confirm dapat jongkong dengan biji lada. Kali pertama puan isteri beliau tengok, kemurungan terus. Katanya.
Kabinet atas ini sudah dipindahkan ke sebelah kiri. Terpaksa alihkan sebab tak ada tempat untuk letakkan dapur gas nanti.
Sebabnya nak pasang penyedut asap itu sudah dekat sekaki. Selepas itu, letak stove pun dekat setengah kaki. Jadi, seeloknya memang kena alih la jawabnya.
Bukan burung sahaja bersarang, garuda pun datang bersarang sekali. Terus teringat cerita jurasic park. Katanya.
Ini satu lagi sarang. Pandai dia duduk cantik pada bahagian atas itu.
Yang ini nanti boleh cerita dekat cucu. Bukti rumah atok dahulu pernah dilanggar meteor dulu-dulu.
Senak perut terjengket-jengket nak tanggalkan besi yag terjulur itu. Akhirnya, beliau suruh orang yang datang baiki tolong tanggalkan sebab kawasan itu kawasan sisa kumbahan kelawar. Habuknya bertepung muka kalau terkena.
Sebenarnya, bahagian bawah ini tiles. Tapi, sudah terbiar lama sangat, sampai lalang pun naik. Gigihkan meracun dan menebas.
Bahagian dalam kawasan rumah. "Macam manalah aku ada iltizam yang jitu, hati yang padu, nak beli rumah ni". Kata beliau.
Tengoklah sendiri. Kawasan rumah sudah macam kawasan sawah padi.
Tengok keadaan hadapan rumah pun sudah seram. Inikan pula belakang rumah.
Ketika ini, termenung sekejap, fikir nak mula dari mana dahulu. Nak start tebas dulu ke, racun dulu ke atau nak menangis dulu.
Peti surat ini sudah macam teropong. Dalam rumah pun nampak jelas.
Benda pertama beli dan pasang. Rumah tak siap lagi. Namun, isteri beliau sudah teruja beli.
Siap tumpang letak dekat kedai itu dulu sebulan. Sudah lupa harga berapa semua ini. Tetapi, jumlah keseluruhan untuk satu rumah dalam RM2.5K. Puan isteri yang sponsor.
Proses pembersihan najis kelawar terus menerus dilakukan.
Keliru sekejap, dia nak cat ke nak buat vendalisme. Mula-mula elok je dia mengecat, sekali papa dia masuk nak minum, keluar tengok sudah rupa ini.
Setelah bertungkus-lumus menebas lalang dan bakar rumput, proses seterusnya menambak pasir untuk menanam rumput karpet.
Ini adalah semasa proses pecahkan sliding door untuk digantikan dengan tingkap. Pintu masuk ada dua, jadi tutup terus.
Satu pintu masuk lagi sebelah kiri. Dua pintu sudah cukup memadai.
Keadaan setelah jongkong selesai dinaikkan. Simen itu memang sengaja beliau beli lebih, nak buat projek DIY.
Keadaan dinding sebelum proses undercoat. Nampak senonoh sikitlah rumah ini. Kalau tidak, nampak macam menara tinjau. Boleh tengok depan dan tepi.
Keadaan selepas proses undercoat selesai dilakukan.
Dinding ini mereka lukis sendiri sahaja.
Gambar selepas cabut tape.
Ketika ini masih kosong lagi. Set up sikit-sikit. Ada bajet, baru tambah. Pelan-pelan kayuh. Harga kalau ikutkan dekat kedai pakistan itu lebih kurang RM1200. Tawar Menawar dapatlah RM1100.
Perabot dibawa masuk secara berperingkat. Ada duit lebih, baru beli lagi.
Kerusi ini beliau beli dekat Kulai Center Point. Depan Entrance Cowboy. Harga RM1000. Free postage dan installation satu Johor.
Perabot memang tak ada yang di bawa dari rumah lama, kecuali almari putih dan rak tv.
Sebab rumah lama, perabot besar-besar belaka. Masuk sini, semua tak sesuai. Tak muat nak digayakan. Carpet itu reused dari rumah lama, sudah 6 tahun tapi masih dalam keadaan baik.
Carpet itu beli dekat kedai Pakistan kawasan Tesco Kulai. Harga asal RM450.
Ini pula ruang tamu yang sudah siap didekorasikan.
Yang ini pula dekorasi untuk bilik air.
Dekorasi ala-ala studio untuk bergambar. Sesuai untuk sambutan hari Raya.
Tanaman pertama. Percubaan mencantikkan halaman rumah. Pokok Skybird itu beli dekat Cameron Highland.
Simen pemijak itu buat sendiri. Ukurannya lebih kurang 1F x 2F. Satu mould itu boleh buat untuk 4 tapak terus.
Kawasan ini, nak diwartakan sebagai kebun kecil.
Bajet untuk rumput pula cuma berpatutan. Rumput Karpet itu beli 10 x 10 sahaja. Bila cari dapatlah dalam 1/3 luas kawasan sebenar.
Ini pula tempat istirehat di waktu petang.
Hasil bercucuk tanam. Akhirnya sudah tumbuh anak jagung ini.
Rumput karpet sudah mula naik dengan subur.
Antara tanaman pertama, habis sudah beliau bagi dekat jiran.
2 bulan selepas tanam, progress rumput ini sudah 92.66% berkembang.
Itik-itik ini beliau buat sendiri. Guna lebih simen yang dibeli untuk buat dinding tadi.
Untuk kabin itu pula, dalamnya ada dua partition. Separuh buat stor, separuh lagi port anak daranya main masak-masak dan menyepah pada bahagian tersebut.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi manfaat buat semua pembaca dalam mendekorasikan rumah lama. Selamat mencuba.