Ubahsuai Bilik Air Tetamu Memakan Masa Hampir 2 Minggu

1,499 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap dirumah ini rasanya perlu juga ada sebuah tandas khas untuk tetamu yang bertadang kerumah kita. Tandas tersebut perlulah berada dibahagian ruang tamu. Kalau tak ada tandas khas tetamu takkan nak biarkan tetamu gunakan tandas bilik kita kan? Satu hal pula tetamu nak kena masuk dalam bilik tidur kita.

Macam yang dikongsikan dan dilakukan oleh Izat Akmal ini. Beliau melakukan sebuah ubahsuai bilik air tetamu khas. Menurut beliau, senang untuk tetamu nak masuk dan tak perlu melalui bilik-bilik sesiapa dah.

Untuk ubahsuai yang dilakukan pula telah memakan masa hampir 2 minggu untuk disiapkan. Namun begitu, beliau sangat berpuas hati dengan hasil akhir ubahsuai tersebut. Ingin melihat hasil akhirnya bagaimana? Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Pecahkan Tile Lama Untuk Lakukan Ubahsuai Bilik Air Tetamu Selama 2 Minggu

Kerajinan pula hari ni.

Pecah bilik air lama untuk tetamu, buang tile lama, pasang baru. Ambik masa dekat 2 minggu jugak buat sendiri. Walaupun simple tapi puas hati. Keluasan 4.5x10.

Tile ceramic white horse 2x1. Alatan tandas Itto brand. Nak beli tandas duduk yang kaler hitam tapi huhu mahal sgt. Tak mampu. Ada 2 lagi tandas untuk di reno. Harap2 kerajinan masih ada. Bila buat sendiri baru kita sedar kenapa tukang ada caj dia sendiri. Rasa penat sangat. Kalau ada duit lebih, baik anda upah mereka yang pro

Proses Ubahsuai Bilik Air Tetamu Ini Sedang Dijalankan

Proses ubahsuai ini dimulakan dengan memecahkan tile tandas yang asal ini untuk meletakkan tile yang baharu.

Ubahsuai Bilik Air Tetamu
Ubahsuai Bilik Air Tetamu

Selepas selesai sahaja memecahkan tile lama, proses memasang tile baharu iaitu tile ceramic horse dimulakan. Harus berhati-hati letakkan pada dinding dengan bantuan tile spacer untuk mendapatkan kemasan yang cantik.

Tandas ini bertemakan warna hitam jadi kepala paip pun dibeli warna hitam dengan harga RM130.

Hasil Akhir Ubahsuai Bilik Air Tetamu Yang Dilakukan Ini

Tadaaa! Akhirnya siap juga proses ubahsuai yang dilakukan ini. Kesemuanya cantik sangat dan menerapkan pengguana warna tema hitam dan putih kecual mangkuk tandas kerana warna hitam harganya sangat mahal.

Ubahsuai Bilik Air Tetamu
Ubahsuai Bilik Air Tetamu

Kredit : Izat Akmal

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down