Tinggal di rumah kos rendah bukanlah menjadi satu masalah buat pemilik sekiranya mahu lakukan ubahsuai supaya kelihatan lebih mewah dan menarik.
Walaupun rumah yang dihuni itu merupakan rumah kos rendah, jika kita pandai melakukan dekorasi, sudah pasti mampu membangktikan suasana yang luar biasa pada kediaman dalam rumah tersebut.
Perkara tersebut telah dibuktikan oleh wanita ini yang bernama Suzila Meecho. Beliau telah melakukan ubahsuai rumah murah kos rendah miliknya kepada gaya cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Rumah murah kos rendah. Beli pada tahun 1986, rumahku syurgaku. Deco ala kadar, asal sedap mataku memandang.
Keadaan rumah ini sebelum ditukar kepada dekorasi baru yang lebih mewah.
Keadaan ruang kediaman setelah berjaya ditukar dengan dekorasi yang baru
Walaupun ini hanyalah rumah murah, namun, dengan kreativiti yang ada pada pemilik rumah ini mampu menjadikan rumah kos sederhana ini setaraf dengan rumah mewah.
Sangat menarik penghasilan dekorasi yang dilakukan ini.
Ruang bersantai.
Bahagian ruang tamu dipenuhi dengan pokok dan bunga hiasan dari kedai Eco.
Beliau berkata, apabila sudah terjebak dengan hiasan bunga ini rasa mahu beli setiap hari. Inilah hasil memancing di kedai Eco untuk dijadikan sebagai hiasan yang memenuhi sudut dalam rumah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mendekorasikan rumah dengan gaya tersendiri supaya kelihatan mewah.
Semoga bermanfaat.