Rumah yang sudah lama ditinggalkan, tentu banyak benda yang perlu dilakukan bagi menjadikan ianya kelihatan baru semula. Perkara pertama yang biasa dilakukan adalah dengan mengemas dan mengeluarkan barangan dan perabot yang tidak diperlukan.
Walau bagaimanapun, untuk melakukan ubahsuai, sudah pasti memerlukan kos yang agak besar. Namun, jika pandai membuat perancangan yang rapi, dengan cara bajet sekalipun boleh menghasilkan dekorasi rumah yang menarik.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Cik Markonah. Beliau telah menghasilkan ubahsuai rumah opah yang lama ditinggalkan dengan cara bajet hanya menggunakan barangan dari Shopee sahaja.
Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Before and after.
Deko bajet sahaja ikut kemampuan. 90% barang-barang beli dekat Shopee termasuk peti ais dan mesin basuh.
Rumah ini merupakan rumah atas kedai yang sudah setahun tidak dihuni. Sebab itulah agak kelihatan teruk sedikit sebelum kemas. Pada asalnya, rumah opah dan atuk, disebabkan mereka sudah tidak larat naik tangga, jadi mereka pindah rumah landed dekat kampung.
Bahagian ruang tamu setelah diubahsuai.
Pandangan ruang tamu dari sudut berbeza.
Proses mengemas ruang stor dan bahagian luar stor dilakukan.
Laluan ke ruang tamu dan pintu yang tertutup itu adalah bilik stor yang telah dicat baru.
Keadaan rak pada bahagian stor sebelum diubahsuai.
Rak selepas diubahsuai.
Cara mudah untuk bersihkan mangkuk tandas lama adalah dengan menggunakan asid yang dibeli dari kedai hardware.
Kalau tuan kedai tak tahu, boleh cakap nak asid untuk sinki tersumbat. Harganya tidak begitu mahal hanya dalam lingkungan RM20 lebih sahaja.
Keadaan tandas setelah diubahsuai.
Bahagian dinding sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang pada bahagian dinding tersebut setelah selesai dipasang langsir.
Bahagian ini dijadikan partition dengan meletakkan langsir.
Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ruang dapur setelah selesai diubahsuai.
Dapur sebelum diubahsuai.
Dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Dapur setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.