Setiap pemilik rumah mempunyai minat yang berbeza dalam pemilihan konsep dekorasi kediaman masing-masing. Ada juga yang suka tinggal di rumah batu, dan ada juga yang suka tinggal di rumah berkonsepkan kayu papan.
Bagi pemilik rumah ini yang bernama Eyda Hidayah. Beliau lebih meminati konsep rumah yang lebih kepada gaya kampung. Jadi, beliau memilih untuk melakukan ubahsuai rumah papan lamanya yang hampir rosak itu dengan gaya ala barat iaitu Classic American.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah ini
Rumah papan lama peninggalan.
Bila cucu take over kita tukar kepada gaya baru. Ruang tengok tv, lepak, santai dan bermalas-malasan. Sekadar selesa dan cuba-cuba deko.Â
Sentuhan suami : Izzat Amir
Rumah ini sebelum diubahsuai. Disebabkan rumah ini adalah rumah lama, banyak kerosakan yang perlu diperbaiki. Rumah ini sudah berusia hampir 40 tahun.
Rumah ini kelihatan agak baru tetapi sangat lama sebenarnya. Kayu papan sudah banyak rosak. Faktor ini juga menyebabkan pemilik rumah ini bertekad untuk ubahsuai rumah tersebut.
Keadaan rumah kayu papan selepas proses ubahsuai selesai dilakukan. Proses ubahsuai ini hanyalah menggunakan barangan yang simple sahaja.
Dengan mengecat semula dinding rumah, ia lebih membuatkan suasana rumah tampak lebih menarik.
Konsep yang digunakan adalah ala-ala gaya barat iaitu American.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari sumber inspirasi dan idea dalam menghasilka dekorasi pada rumah lama.
Semoga bermanfaat.