Membeli rumah secondhand yang buruk sebenarnya bukanlah menjadi satu masalah untuk kita dan keluarga menetap di situ. Rumah yang lusuh dan buruk tidak selamanya akan kekal buruk, ia bergantung kepada pemilik  rumah tersebut dalam melakukan ubahsuai supaya kelihatan cantik dan menarik.
Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama مزيدا زاكريا. Beliau telah mengubahsuai rumah secondhand yang dibelinya itu kepada satu konsep dan gaya yang cukup memukau.
Jadi, jom sama-sama kita lihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini.
Alhamdulilah dapat juga saya beli rumah secondhand kos rendah dengan harga bawah 200k pada tahun 2018.
Nasib baik saya tak beli rumah bersama dengan bekas suami saya. Kalau tidak masalah jugak nanti kan?
Walaupun pernah ada orang kata rumah buruk macam ini pun hang beli, saya tak kisah asalkan saya dapat rumah sendiri dari menyewa.
Syukur alhamdulilah Ya Allah.
Ini adalah keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai. Beliau berkata,
Sudah bertahun tinggal di rumah sewa sampai umur beliau sudah mencecah 38 tahun. Barulah dapat beli rumah dengan nama sendiri tanpa sangkut dengan mana-mana pihak lain. Aturan Allah itu cukup indah untuk kita.
Ini pula adalah keadaan ruang tamu menonton tv selepas diubahsuai. Beliau berkata lagi,
Sebelum ini tak terfikir boleh dapat rumah sendiri. Dapat rumah sebegini pun sudah bersyukur sangat-sangat walaupun buruk tapi beliau usaha juga mendeco sikit-sikit ikut kemampuanya.
Hiasan pada dinding ruang tamu.
Koleksi gambar pada bahagian rak dinding ruang tamu.
Gambar dari sudut perspektif ruang tamu sebelum diubahsuai.
Gambar selepas diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur selepas diubahsuai.
Sudut bersantai sebelum diubahsuai.
Sudut ini selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana. Selamat mendeco.