Sebagai pemilik rumah, sudah pasti kita mahukan keadaan dan suasana rumah yang selesa dan bersih. Jadi, bagi menunaikan impian sendiri untuk memiliki rumah yang cantik mengikut citarasa dan pilihan kita, ianya perlu dilakukan beberapa perubahan yang drastik terhadap rumah lama tersebut.
Namun, jika kita membeli rumah lama yang usang dan lusuh, boleh dikatakan agak banyak kos lain yang perlu dikeluarkan lagi bagi memastikan rumah tersebut dapat dicantikkan semula dengan dekorasi baru.
Sejujurnya, tidak ramai yang sanggup untuk membeli rumah yang kelihatan usang seperti ini. Namun, itu semua tidak bagi wanita ini yang bernama Mimie Mieya. Setelah membeli rumah ini, beliau nekad mahu melakukan ubahsuai rumah yang dipenuhi dengan semak samun itu kepada satu gaya baru yang cukup menarik.
Jadi, untuk melihat hasil ubahsuai yang dilakukan dengan lebih lanjut, jom kita ikuti di bawah ini.
Rumah kos rendah sebelum dan selepas diubahsuai. Belum setahun lagi pindah dan renovate rumah ini.
Keadaan hadapan rumah sebelum diubahsuai. Ianya kelihatan agak usang dan lusuh.
Inilah rupa keadaan luar rumah setelah selesai diubahsuai dengan gaya baru. Cukup menarik dan kelihatan mewah.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Ruang dapur ini selepas diubahsuai selesai dilakukan.
Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.
Bahagian ruang tamu selepas diubahsuai.
Bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Bahagian ruang bilik air sebelum diubahsuai.
Gambar semasa proses ubahsuai bilik air dilakukan.
Keadaan bilik air setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.