Penghasilan ubahsuai rumah merupakan satu perkara yang cukup ditekankan oleh pemilik rumah yang baru membeli rumah ataupun mereka yang telah tinggal di rumah tersebut setelah sekian lama.
Faktor ubahsuai ini dilakukan adalah mahu menjadikan rumah lebih cantik dan kemas. Barulah keluarga kecil kita dapat tinggal di dalam keadaan yang ceria dan selesa.
Itulah yang dilakukan oleh pasangan ini yang bernama Riana Aechah, setelah menghuni di situ lebih kurang 6 tahun, beliau memilih untuk melakukan ubahsuai pada luar dan dalam rumah kediaman tersebut.
Jadi, untuk melihat keadaan sebelum dan selepas rumah ini dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaa di bawah ini.
Alhamdulillah Segala puji bagi Allah. Syukur dikurniakan rezeki duduk rumah sendiri selepas 6 tahun beli.
Suami ambil cuti 10 hari, kami buat mana yang sempat, buat mana mampu.
Selebihnya kami sambung buat sikit-sikit. Tak secantik rumah kawan-kawan dalam ni. Tapi, tetap nak share. Harap sudi cuci mata.
Bahagian pagar luar rumah sebelum diubahsuai.
Pagar rumah selepas dicat.
Bahagian hadapan rumah selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai.
Proses pemasangan shiplap bakal dilakukan pada bahagian dinding ini.
Bahagian dinding tempat gantung tv selepas dipasang kayu shiplap.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Dapur selepas diubahsuai.
Bilik tidur sebelum diubahsuai.
Bilik tidur anak selepas diubahsuai.
Bilik tidur utama selepas diubahsuai.
Ruang laundry selepas diubahsuai.
Bilik air sebelum diubahsuai.
Bilik air selepas diubahsuai.
Ubahsuai dan dekorasi yang dilakukan cukup ringkas dan kemas dihasilkan oleh pemilik rumah ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Selamat mendeco.