Tinggal di rumah flat sewa bukanlah menjadi isu besar dalam penghasilan dekorasi rumah. Sekiranya pemilik rumah membenarkan kita untuk melakukan dekorasi rumah, apa salahnya kita cuba deco untuk keselesaan diri dan keluarga.
Itu yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Siti Mariam Kamsan. Beliau telah mengubahsuai rumah sewanya kepada gaya yang cukup kelihatan kemas dan nampak baru.
Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian mengenai ubahsuai rumah sewa flat lama yang cukup menarik ini.
Beliau dan suaminya memulakan proses pengubahsuaian dengan pemilihan sofa, warna cat, memilih dekorasi yang sesuai dan banyak lagi.
Bagi menghias rumah ruang terhad, cara menghiasnya adalah bergantung kepada susun atur barang dan perabot rumah yang ada. Anda perlu bijak meletakkan barang dan perabot ditempat yang sesuai.
Bagi yang ingin tahu berapakah bajet yang dikeluarkan untuk menghasilkan dekorasi ruang sebegini, bajet yang dikeluarkan hanyalah sekitar RM1300 sahaja. Barang-barang dan perobot kebanyakan dibeli melalui atas talian sahaja (Online).
Gambar lebih jelas dekorasi untuk ruang makan. Simple tapi sangat menarik.
Ini adalah dekorasi untuk drop point atau tempat letak segala kunci.
Yang ini pula adalah tempat belajar untuk anak-anak.
Dekorasi pada bahagian dapur rumahnya.
Akhir sekali, ini adalah bahagian ruang tamu tempat menonton tv.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam mencari idea untuk mengubahsuai dan mendekorasi rumah sewa jenis flat.
Semoga bermanfaat.