Rumah sewa adalah rumah sementara yang di diami kerana belum mampu untuk memiliki rumah sendiri. Dengan menyewa, ianya merupakan satu jalan terbaik untuk mengumpul duit.
Ramai yang cakap "rumah sewa je pun tak payah beria sangat"! Tapi kita sebagai penyewa yang jenis nak selesa mata memandang dan mahukan yang terbaik juga walaupun modal yang dikeluarkan itu tidak begitu kasar.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang penyewa yang bernama Cik Lynn. Beliau telah memutuskan untuk melakukan ubahsuai rumah sewa tersebut kepada konsep yang lebih menarik.
Jom kita ikuti perkongsian dibawah ini.
Alhamdulillah walaupun suami jauh, dengan ada baby kecik lagi, kita try buat yang terbaik dalam 3 hari.
Keadaan stor sebelum diubahsuai.
Keadaan stor selepas diubahsuai. Hari ke-2, beliau mengecat seorang diri dan mengambil masa pagi sampai petang.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai. Untuk ubahsuai pada kali ini, beliau mengambil masa satu hari untuk mengemas dimulakan dengan mencabut, cuci rumah, tampal dinding yang berlubang, betulkan paip air yang tersumbat, naik turun tangga buang sampah yang penyewa lama tinggalkan.
Ruang tamu selepas diubahsuai. Hari ke-3, beliau sudah mula start deco rumah, pasang langsir dengan konsep biar simple janji dapat kepuasan. Hari ke seterusnya, senyum menanti suami balik dengan harapan yang tinggi nak tunjuk hasil deco.
Bahagian laluan ke bilik sebelum diubahsuai.
Bahagian dapur sebelum diubahsuai.
Keadaan dapur selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca diluar sana.