Secara kebiasaannya, dekorasi rumah sering dilakukan oleh mereka yang menetap di rumah sendiri sahaja. Namun, itu tidak bermakna penghuni yang tinggal di rumah sewa tidak perlu melakukan ubahsuai supaya rumah sewa tersebut kelihatan cantik dan selesa.
Perkara tersebut dikongsikan oleh penyewa ini yang bernama Fieyy Sharif. Walaupun kediaman tersebut hanya di sewa, beliau nekad mahu mengubahsuai rumah sewa usang itu dengan konsep deco tersendiri.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Rumah sewa sebelum dan selepas. Konsepnya murah tapi nak cantik. Tapi cantik ke tu?
Cantiklah dekat mata sendiri. Saya letak gambar ruang tamu sekali sebab ada yang mintak nak tengok.
Keadaan dapur sebelum diubahsuai. Pada bahagian lantai, ia menggunakan mozek jenis lama dengan bercorak petak kecil.
Keadaan dapur setelah diubahsuai. Lantai mozek tersebut ditutupi dengan menggunakan wallpaper PVC marble jenis tebal untuk keselesaan kaki semasa berjalan.
Sebenarnya wallpaper ini untuk bahagian dinding, tetapi guna pada bahagian lantai.
Senarai barangan yang digunakan:
Walaupun kabinet itu hanya menggunakan kain sahaja untuk tutup, ia tetap kelihatan kemas dan sangat cantik. Sepadan warna dan coraknya.
Keadaan ruang tamu sebelum diubahsuai.
Sofa yang digunakan sangat selesa dan lembut. Spannya tidak keras kejung.
Senarai barangan yang digunakan:
Rak rotan pada bahagian bawah kabinet tersebut dibeli dari IKEA.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan ubahsuai rumah masing-masing.