Jika membeli rumah yang telah lama ditinggalkan dan lusuh, sudah pasti banyak benda yang perlu dibuat dan dibaiki. Mana tidaknya, bermacam-macam barang yang sudah hilang. Ada juga barang yang curi dan sebagainya.
Untuk rumah yang dibeli ini, hanya bilik air sahaja masih selamat, tetapi malangnya tangki air dan sinki juga habis lesap hilang dibawa lari oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Perkongsian pada kali ini adalah dari seorang lelaki dan suami yang bernama Auf Razak. Perkongsiannya pula adalah mengenai ubahsuai rumah terbiar 13 tahun jadikan teratak syurga.
Hanya nak kongsi sikit. Saya beli rumah ini tahun 2016.
Rumah ini sebenarnya pemilik sebelum ini beli untuk anak mereka. Tetapi sudah terbiar selama 13 tahun sebelum kami beli.
Keadaan rumah ketika rumah baru dibeli. Cuci dahulu apa yang patut.
Selepas itu, rumah diberi sewa sementara oleh kerana beliau pergi melanjutkan pengajian di Langkawi. Beliau sambung belajar ketika baru berkahwin, isterinya pula buat tuisyen matematik rumah ke rumah ketika itu dan sekarang secara online.
Oleh kerana kekangan bajet, mereka upgrade rumah ini sedikit demi sedikit. Gunakan apa yang ada sahaja dahulu, janji selesa untuk tinggal.
Beliau dan isteri gigih naik motor dari Nilai ke Seremban semata-mata untuk mencari kedai Eco, Hanya di situ sahaja ada menjual lantai vinyl.
Semasa mahu pulang, cuaca hujan pula. Nasib baik sempat sampai rumah sebelum lebat. Waktu ini hujan sangat lebat, mereka hanya pakai plastik sampah sahaja sebagai baju hujan.
Gambar sebelum basah kuyup.
Gam sedia ada pada lantai vinyl itu tidak begitu kuat. Mereka gunakan gam yang jenis tembak berbentuk silinder.
Iaitu Gam Xbond. Bagi memastikan vinyl tersebut melekat kuat pada dinding, boleh guna gam ini. Dekat Shopee pun ada jual.
Keadaan dinding setelah selesai dipasang vinyl.
Inilah hasil setelah rumah selesai di deko. Walaupun hanya simple, namun, cukup cantik dan menarik.
Kos keseluruhan untuk dinding seperti ini tak sampai RM300. Memang sangat menjimatkan. Apa pun, sangat berbaloi buat sendiri, memang penat tapi puas hati.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat menjadi sumber inspirasi dalam cuba untuk menghasilkan dekorasi pada rumah lama. Semoga bermanfaat.