Memiliki rumah yang cantik dan mewah sudah menjadi impian setiap pemilik rumah. Itu jika rumah yang dibeli itu telah didekorasikan dengan konsep cantik.
Tetapi, apa yang lebih membuatkan perkongsian ini menjadi lebih menarik apabila rumah sederhana yang yang dibeli sederhana mampu ditukarkan secara keseluruhan dengan konsep dan gaya baru.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Wany Zabry. Beliau dan suami telah menghasilkan ubahsuai rumah teres setingkatnya itu dengan menggunakan gaya boho.
Jadi, jom ikuti perkongsian menarik ini.
Nasib baik tapi tetap nak juga menabung sekali lagi nak ambil rumah ada tanah.
Rumah tak kisah besar ke kecil kalau rajin yang buruk jadi lawa.
Beliau menabung untuk menghasilkan ubahsuai rumah ini. Kos renovation, down payment, semua duit tabung yang mereka kumpul dalam masa 3 tahun business, yang penting ada nekad.
Beliau merasakan kalau benda lain boleh beli, kalau rumah tak beli pada usia muda rasa macam tak sedap hati. Maka dapatlah juga beli rumah ini pada umur 25 tahun. Awal-awal business duit habis dekat benda merepek-repek. Katanya.
Tetapi, rezeki itu biarlah mengikut selera dan kemampuaan. Fikir panjang, risau jika beli yang besar nanti tak mampu bayar.
Ini adalah hasil titik peluh mereka.
Bahagian ruang tamu selepas berjaya diubahsuai.
Ruang rehat selepas diubahsuai..
Bilik air sebelum diubahsuai.
Bilik air selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk hasilkan dekorasi rumah seperti ini.