Semua pemilik rumah mengimpikan untuk tinggal di kediaman yang selesa dan cantik. Dengan memiliki kediaman yang cantik akan menjadikan suasana rumah lebih ceria dan tenang. Namun, sekiranya ada memasang niat untuk melakukan ubahsuai, teruskan niat itu sehingga menjadi kenyataan jika mempunyai bajet yang cukup.
Perkongsian pada kali ini adalah dari Misa Ted. Beliau telah berkongsi mengenai projek ubahsuai rumah teres setingkat miliknya kepada gaya baru yang sangat menarik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti perkongsian di bawah ini.
Rumah saya cuma rumah rakyat marhaen, rumah teres setingkat sahaja. Saya hanya nak kongsi sebelum dan selepas ubahsuai.
Siling dan lantai sahaja upah orang, yang lain suami dan anak-anak buat sendiri termasuk mengecat.
Ini adalah semasa kerja-kerja awal untuk pemasangan frame wall mirror yang dilakukan.
Bahagian dinding ruang makan selepas selesai diubahsuai.
Kerja-kerja pemasangan plaster siling dilakukan.
Keadaan siling selepas diubahsuai guna konsep L Box.
Pemasangan dinding accent dilakukan.
Keadaan dinding setelah pemasangan accent wall selesai dilakukan.
Projek seterusnya pula adalah dengan melakukan pemasangan lantai vinyl.
Kerja-kerja pemasangan lantai vinyl sedang dalam proses.
Lantai vinyl selesai dipasang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk ubahsuai rumah supaya kelihatan cantik dan berseri.
Semoga bermanfaat.