Semua orang memasang impian untuk mengubahsuai dapur yang sudah lama kepada konsep baru yang lebih menarik. Namun, proses tersebut sedikit terbantut oleh kerana banyak dugaan yang dilalui oleh wanita ini yang bernama Aishaharith Kitchen setelah keluarganya ditipu oleh kontraktor yang juga merupakan kawannya sendiri.
Walaupun di duga sebegitu, ia langsung tidak mematahkan semangatnya dalam menunaikan hasrat untuk mengubahsuai dapur rumah kepada satu konsep baru seperti yang di inginkan.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang dapat memberi iktibar ini.
Alhamdulilah, dah tambah ruang dekat belakang jadi selesa sikit nak buat kerja dapur.
Keadaan ruang dapur sebelum diubahsuai. Hampir setahun nak tunggu dry kitchen ini siap. Project bermula dari bulan Julai 2020 dan ditipu oleh kontraktor (kawan saya sendiri) cuma siapkan 30% sahaja. Selepas itu lenyap terus.
Beliau hanya datang cuma 10 atau 11 hari. Duit beliau bagi, tetapi barang-barang tak nampak. Banyak kerja-kerja dia tak kemas, frame pintu dan tingkap senget, plaster siling tak rata, pasang bumbung tak cukup dan ada lagi kerja-kerja dia tak memuaskan hati mereka sekeluarga.
Akhirnya sambung kerja yang tersangkut dari pertengahan bulan Mac lalu. Ruang sinki dapur dan ruang laundry sebelum diubahsuai, ternyata, agak tidak kemas dengan dipenuhi barang.
Proses ubahsuai mula dilakukan dengan mengeluarkan barangan terlebih dahulu.
Beginilah rupa ruang laundry ini setelah selesai diubahsuai ruang.
Keadaan ruang dapur tadi setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik.
Beliau hanya menghasilkan deko sikit-sikit sahaja. Ikut bajet kecil sebab sudah melebihi bajet asal yang telah dibayar untuk kontraktor oleh adiknya . Tetapi, kerja macam haprak. Katanya.
Pandangan dari sisi keadaan ruang sinki selepas diubahsuai.
Keadaan tempat susun barangan selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. ianya dapat memberi ikhtibar buat semua pembaca supaya tidak mudah tertipu dengan kontraktor walaupun individu itu adalah kawan kita sendiri.
Semoga bermanfaat.