Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

4,173 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tinggal di rumah yang memiliki ruang tamu jenis memanjang kadang kala terasa sangat sukar untuk menghasilkan dekorasi yang bersesuaian dengan keadaan ruang tersebut. Namun, kalau kita deco kena dengan caranya, sudah pasti kita mampu menjadikan ruang tamu tersebut kelihatan cantik dan kelihatan mewah.

Untuk menghasilkan dekorasi rumah, kos yang perlu dikeluarkan sudah pasti agak tinggi. Lebih-lebih lagi apabila mengupah orang. Jadi, cara terbaik untuk menjimatkan kos adalah dengan cuba melakukannya secara sendiri sahaja.

Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang menggunakan nama Facebook Maliq's Kitchen. Beliau telah menghasilkan ubahsuai keseluruhan ruang tamu jenis memanjang miliknya itu secara sendiri sahaja.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang Hasil Air Tangan Sendiri

Alhamdulillah, rumah mampu milik. Ruang Tamunya jenis panjang dan lurus.

Walaupun kita bukan pakar dalam bab-bab mendeko ini, tetapi, demi penjimatan wang ringgit, apa yang boleh buat sendiri, kita cuba sahaja.

Rumah sendiri siapa nak marah kan kalau tak jadi pun. Deco asal sedap mata sendiri memandang sahaja

Pertama sekali, untuk rumah baru, biasa kita akan selesaikan bahagian wiring terlebih dahulu sebabnya tak boleh tahan habuk kalau tak buat dahulu nanti.

Ruang Tamu Jenis Memanjang

Mulakan dari bahagian atas, baru ke bahagian bawah. Siapkan apa-apa yang patut untuk bahagian atas termasuk cat-cat dan benda yang berkaitan.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Kebetulan orang buat wiring ada laser. Jadi, boleh pinjam sekali buat mark dia, yang penting jimat tak perlu beli.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Bagi konsep deco wainscoting yang besar macam ini, kalau tersalah pasang dan senget, sudah pasti banyak kerja pula untuk kita betulkan semula. Jadi, semasa proses pemasangan, kita perlu berhati-hati dan ukur sebaik mungkin sebelum dilekatkan.

Ruang Tamu Jenis Memanjang

Setelah siap, kita cat putih 3 atau 4 kali lapis.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Bahagian bawah dicat dengan warna kelabu. Warna ini cukup sesuai untuk mereka yang ada anak-anak terlebih kreatif dan suka buat vandalisme dekat dinding. Katanya dengan nada bergurau.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Rumah kena banyak cermin untuk lebih kita muhasabah diri dan cermin diri supaya sedar diri.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Apabila selesai mengecat. Proses pemasangan lantai vinyl dilakukan.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Beginilah rupa hasil usaha sendiri.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Deco simple-simple sahaja sebab tak rajin nak mengemas selalu kalau banyak sangat barang, frame dan perabot.

Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang
Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang
Ubahsuai Keseluruhan Ruang Tamu Jenis Memanjang

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down