Kebanyakkan individu kini gemar untuk ubahsuai atau dekorasi terhadap sesuatu ruang seperti bilik, tandas ruang tamu dan lain-lain. Kali ini kami akan berkongsi dengan anda satu hasil ubahsuai semua tandas rumah yang sangat menarik perhatian. Hasil ubahsuai ini dari hasil idea dan kreativiti yang sangat sempurna oleh Kina Amir.
Hasil perkongsian ini, beliau berkongsi beberapa gambar hasil sebelum dan selepas ubahsuai pada setiap tandas di dalam rumah beliau kepada tandas setaraf dengan tandas hotel dengan hanya mencari inspirasi dari pinterest sahaja.
Before and after makeover toilet. Masa mula-mula dapat rumah ini pening jugak fikir macam mana nak makover toilet, dengan saluran paip merata2, sakit mata nak tengok.
Alhamdulillah sekarang dah rasa tenang je bila tengok toilet ni. Tiles dinding lepas makeover tu sama saiz dengan tiles gambar sebelumnya, tapi instead of susun menegak, saya request tukang untuk susun batu bata.
Hasil ini saya ambik inspirasi dari pinterest. Kalau tiles 1x2 tu pun cantik jugak buat susunan batu bata, asyik susun mendatar je kan. Saya cuba dengan cara susunan lain pulak.
Saya beli barang sendiri lepas tu upah tukang dan kos keseluruh untuk semua tandas lebih kurang Rm7k.
Rupa Tandas Sebelum Melakukan Proses Makeover
Ini adalah rupa sebelum melakukan ubahsuai di tandas bilik master bedroom beliau.
Ini pula rupa asal tandas di bilik tingkat atas.
Dan ini adalah rupa asal tandas yang berada di dapur rumah.
Hasil Selepas Makeover Kesemua Tandas
Lihat! Ini adalah hasil idea dan kretiviti oleh beliau. Kesemua tandas yang dulu suasana suram kini bertukar seperti suasana hotel. Tak perlu ke hotel dah kalau suasana selesa ini dapat dinikmati di rumah sendiri sahaja.
Rupa tandas selepas ubahsuai di bilik master bedroom.
Ini pula rupa tandas selepas ubahsuai di bilik tingkat atas.
Tandas di dapur.
Kredit : Kina Amir