Pada masa kini, boleh dikatakan semua orang sudah pandai dan mahir dalam melakukan ubahsuai rumah dengan cara DIY. Hal ini kerana, pada zaman yang penuh dengan teknologi kini, segalanya di hujung jari.
Jika dahulu, agak susah untuk mencari sumber rujukan pemasangan wainscoting ruang tamu. Namun, pada masa kini, kita boleh cari sahaja di platform Youtube.
Selain itu, di group Facebook juga terdapat banyak perkongsian cara melakukan DIY yang dikongsikan oleh ahli group di sana. Seperti yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Shah Yana. Projek wainscoting ruang tamu yang dilakukan ini adalah hasil belajar dari Facebook.
Jadi, jom lihat bagaimana beliau menghasilkan dekorasi pada dinding dengan menggunakan wainscoting ini.
Nak upah orang, mahal sangat, Gigih belajar dalam group ini dan dengan bantuan youtube juga. Akhir siap wainscoting simple.
Projek seterusnya pula suami kata mahu buat satu rumah gaya macam ini.
Ini adalah semasa proses pemasangan wainscoting pada penjuru bawah ruang tamu. Wainscoting yang digunakan adalah bukan jenis kayu, ia adalah jenis PVC.
Proses-proses pemasangan masih lagi diteruskan. Proses melekatkan wainscoting itu pada dinding menggunakan gam Xbond.
Selepas itu, jika mahu kemaskan kawasan yang dipasang wainscoting itu, boleh guna white silicon. Jika pada bahagian lantai, boleh pakai silicon jenis cerah.
Keadaan bahagian dinding ruang tamu selepas diubahsuai.
Keadaan dinding dari sudut pandangan lain. Warna cat yang digunakan adalah jenama Nippon barky white.
Sangat mudah dan menarik bukan penghasilan dekorasi dinding pada kali ini?
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan dekorasi pada dinding seperti ini.
Semoga bermanfaat.