Wanita Ini DIY Langsir Eyelet Rumah Cantik Dan Kemas

848 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Langsir memainkan peranan yang besar dalam mencantikkan rumah kita, nampak kosong sahaja bila tiada langsir kan? Tapi apabila asyik menggunakan langsir yang sama bertahun-tahun mesti akan bosan. Nak tukar baru pula kena fikir tentang kos yang mahal dan perlu fikir banyak kali nak tukar. Perkongsian pada kali ini adalah dari Nurul Shahida. Perkongsiannya adalah mengenai diy langsir rumah cantik dan kemas.

Mengikut perkongsian wanita ini, beliau hanya menggunakan modal RM400 untuk buat sendiri langsir. Bila digantung nampak macam moden dan nampak mewah.

Jom kita telesuri jenis kain yang beliau pakai dan cara-cara menghasilkannya.

DIY Langsir Eyelet Rumah Hanya Dengan RM 400 :

Ramai sangat tanya hari itu macam mana buat langsir eyelet. Tak sempat nak reply satu-satu. Jadi saya share balik ya.

Kos

Kain jersey (rm2.50/m), beli dekat kedai langsir saya beli sekayu ada 67 m rm167

ring beli dalam shopee (rm30/100 pcs)

Cara cara dia boleh la tengok pada gambar  di bawah ini.

Selamat mencuba.

Ukur lebar langsir dulu, saya dapat ukuran 60 inci jadi boleh dapat 10 ring 60 bahagi 10=6 inci. Jadi jarak antara lubang ring 6 inci.

langsir eyeletLepas tu bulatkan ring dari bahagian dalam. lepas siap bulat terus gunting, ring tu buka letak atas bawah lepas tu tekan sahaja. Senang kan ?

Inilah hasilnya apabila siap gantung langsir murah kos tak sampai RM 400 pun satu ruang tamu.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba untuk diy langsir sendiri dirumah nanti. Modal yang dikeluarkan pun tak besar mana. Semoga bermanfaat ya.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down