Dinding Shiplap: 10 Gambar Inspirasi Dan Cara DIY Yang Mudah

1,729 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Nampaknya selain wainscoting, dinding shiplap menjadi kegilaan ramai pemilik rumah sebagai hiasan dinding di rumah mereka.

Shiplap merujuk kepada susun atur beberapa kepingan kayu yang dipasang rapat dan kelihatan seperti dinding kayu sebuah kapal. Ianya pernah menjadi satu trend sekitar tahun 1960-an sehingga 1970-an, namun kini kembali popular.

Versi shiplap moden ini biasanya disusun secara melintang berbanding menegak dan dicat menggunakan warna putih atau warna-warna bold.

Kelebihan Dinding Shiplap

Selain memiliki kelebihan mudah dipasang, shiplap memberi perlindungan kepada cuaca dan juga sebagai penebat kepada haba dan kelembapan pada dinding. 

Penggunaan shiplap adalah sesuai dengan hiasan dalam rumah yang berkonsepkan farmhouse, rustic mahupun moden. Oleh itu, sebelum anda memasang dinding shiplap, pastikan anda memilih dahulu konsep yang sesuai dengan citarasa anda.

Seperti wainscoting, dinding shiplap juga boleh dipasang secara DIY. Kebiasaannya kayu asli, plywood atau medium-density fiberboard (MDF) disusun bertingkat-tingkat untuk membentuk shiplap.

Jenis-Jenis Kayu Shiplap

Terdapat beberapa jenis kayu shiplap, iaitu:

  1. Square Edge Shiplap
    Untuk jenis ini senang untuk dipasang di mana-mana ruang yang ada di dalam rumah.
  2. Eased Edge (V-Groove) Shiplap
    Jenis ini sama dengan Square Edge Shiplap, cuma bezanya adalah dari segi kedudukan alur pada kayu. Ia juga boleh dipasang di dalam atau luar rumah.

10 Inspirasi Dinding Shiplap

Cara DIY Dinding Shiplap

Bahan-bahan dan alat untuk DIY dinding shiplap :

  • MDF Board bersaiz 6mm (4’ x 8’)
  • X-Bond sealant
  • Acrylic sealant
  • Cat wall sealant
  • Paint tray
  • Berus roller
  • Masking tape
  • Berus cat
  • Pengikis 

Langkah-Langkah DIY Dinding Shiplap

  1. Ukur tinggi dan lebar dinding yang ingin dibuat shiplap. Buat pengiraan dan jumlah papan yang diperlukan untuk memenuhi satu ruangan di dinding.
  2. Dengan menggunakan pengikis, kikiskan bahagian dinding supaya menjadi rata. Ratakan dinding yang berlubang dengan putty filler.
  3. Buat garisan bermula dari bawah sehingga atas secara melintang untuk dijadikan sebagai panduan ketika proses penampalan MDF board.
  4. Gunakan lever untuk memastikan kedudukan MDF board yang pertama itu lurus dan seimbang supaya kedudukan board lain turut sama.
  5. Letakkan gam X-Bond pada MDF Board secara zig-zag dan lekatkan pada dinding.
  6. Letakkan masking tape pada MDF Board supaya tidak jatuh dan tidak bergerak.
  7. Sambung memasang MDF board seterusnya. Untuk gap antara board, gunakan duit syiling bersaiz 50 sen atau 20 sen.
  8. Apabila selesai memasang kesemua MDF board, tanggalkan semua masking tape.
  9. Bersihkan permukaan MDF Board tersebut dan cat menggunakan paint acrylic wall sealer hanya satu lapisan sahaja.
  10. Akhir sekali, cat MDF board tersebut dengan menggunakan warna cat pilihan anda masing-masing. Untuk hasil kemasan yang cantik, digalakkan untuk cat 2 lapisan.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down