17 Inspirasi Deko Mini Surau Dalam Rumah atau Pejabat

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Mini surau dalam rumah atau pejabat merupakan satu ruang khas yang dijadikan tempat untuk solat atau melakukan ibadat-ibadat yang lain tidak kira di rumah atau di pejabat. Ruang solat tidak semestinya memerlukan ruang yang besar. Sudut kecil pada bilik tidur juga boleh dijadikan sebagai mini surau. Kalau ada bajet lebih, anda boleh deko mini surau tersebut dengan pelbagai susun atur atau dekorasi mengikut citarasa anda.

Namun, dekorasi mini surau bukan sahaja dapat mencantikkan ruang solat tersebut malah dapat memberikan ketenangan kepada anda dan juga dapat fokus lebih untuk buat ibadat dengan selesa tanpa gangguan lain.

Di sini kami telah kumpulkan beberapa susun atur dan dekorasi mini surau untuk anda aplikasikan sama ada di rumah atau pejabat. Kami juga telah senaraikan kelebihan mempunyai mini surau dan juga tips untuk deko mini surau tersebut.

Idea Deko Mini Surau Dalam Rumah

mini surau dalam rumah tepi balkoni

Ruang solat di anjung atau balkoni tertutup dapat memberikan ketenangan yang lebih. Dikelilingi tumbuhan hijau hidup dan sinaran matahari, pastinya anda akan seronok untuk bersolat sambil menikmati udara yang segar.

ruang solat dalam rumah

Jika ruang tamu atau ruang keluarga anda mempunyai lebihan ruang kosong, adakan sedikit partition supaya anda dapat fokus beribadat. Sediakan almari penyimpanan pakaian solat khusus supaya ahli keluarga atau tetamu anda tidak perlu berulang alik ke bilik setibanya waktu solat.

Tambahan rumput karpet dan tumbuhan hijau pada mini surau dalam rumah anda dapat mewujudkan perasaan yang tenang ketika solat dan mengaji. Pastinya anda lebih terasa asyik dan fokus dalam menyelesaikan urusan ibadah anda.

Pilihan warna neutral dan karpet bercorak geometri yang menjadi identiti Islamik menjadikan suasana ruang solat ini damai walaupun berada dalam rumah.

Penggunaan mimbar di mini surau dalam rumah menjadikan suasana rumah anda seakan-akan masjid. Tambahan pula, adanya partition yang menandakan pemisahan ruang solat dengan ruang yang lain. Deko ruang solat sebegini juga sesuai untuk pejabat.

Untuk rumah yang kecil, mempunyai satu sudut yang terjaga kebersihannya dan kemas sudah memadai. Pastikan pengudaraan di sudut tersebut lancar agar anda dapat beribadat di mini surau dalam rumah dengan suasana yang selesa.

Mini surau minimalis sebegini amat sesuai supaya ruang tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Meletakkan jam dinding dapat membantu pemilik rumah peka dengan waktu solat.

Jika anda mempunyai bajet lebih untuk ruang solat, tidak salah untuk mendeko ruang tersebut dengan gaya elegan seperti ini. Penggunaan rak custom membantu penyimpanan barang-barang yang penting untuk solat supaya mini surau anda sentiasa kemas dan teratur.

Mini perpustakaan yang menempatkan kitab-kitab tafsir, hadis dan buku-buku agama sangat sesuai digabungkan fungsinya dengan ruang solat di rumah anda. Sambil-sambil tunggu waktu solat Isyak, adakan usrah atau tazkirah ringkas bersama ahli keluarga untuk menyalurkan bekalan ilmu akhirat secara konsisten.

Ini juga satu lagi contoh mini surau yang menampilkan dekorasi ala mimbar pada dinding. Selain warna, tekstur fabrik seperti langsir dan juga karpet memberikan rasa selesa untuk bersolat.

Rak Ikea serbaguna diletakkan di ruang solat bagi menempatkan buku-buku tafasri dan agama. Menjimatkan dari segi kos berbanding membeli rak buku di kedai perabot. Walaupun warna hitam dan putih melatari ruang ini, pemilik menyuntik sedikit warna pastel bagi mewujudkan suasana yang ceria.

Ada ruang yang cukup untuk seorang saja? Tak ada masalah pun nak deko mini surau. Lebihkan dekorasi anda di bahagian dinding, samada anda pilih untuk buat half wainscoting atau meletakkan hiasan ringkas di atas rak terapung.

Baca perkongsian kami untuk mengetahui jenis-jenis wainscoting dan cara pasang sendiri supaya lurus.

Corak marble tidak hanya sesuai digunakan untuk table top dapur mahupun lantai, malah mimbar bercorak marmar sebegini memberikan kelainan pada mini surau. Lampu dinding dipasang pada mimbar di aras yang rendah dapat membantu pemilik rumah sewaktu membaca al-Quran.

Warna-warna cerah seperi putih atau ivory mampu membuatkan ruang solat yang kecil nampak luas. Frame khat dan ayat-ayat suci al-Quran boleh dijadkan hiasan dinding sebagai peringatan.

Bagi yang mengagumi keindahan seni Islam, deko mini surau di atas sangat sesuai untuk dijadikan inspirasi. Partition bercorak geometri Islam digabungkan dengan wainscoting berwarna putih, menjadikan suasana surau nampak indah dan elegan. Mihrab berseni ukiran corak yang sama, tampak cantik tersergam dihiasi lampu LED. Pastinya membangkitkan suasana yang selesa untuk menyempurnakan ibadah solat dan membaca al-Quran.

Ini adalah contoh lain bagi ruang solat terhad yang mengoptimumkan sudut kosong antara bilik. Padanan warna hijau dan elemen kayu menjadikan suasana ruang sangat tenang. Hiasan dinding menggunakan frame canvas dan kehadiran bunga calla lily memberi keceriaan kepada ruang solat mini ini.

Satu lagi inspirasi sudut solat bersebelahan balkoni dihiasi pokok-pokok laman yang menenangkan. Penggunaan warna hitam putih dan elemen rotan serta kayu memberikan rasa vintage untuk ruang solat ini.

Manfaat Mempunyai Mini Surau Di Rumah

  1. Anda boleh solat dan beribadah dengan khusyuk dan tenang tanpa gangguan.
  2. Anda boleh asingkan ruang solat dengan bilik tidur supaya tempat itu diyakini bersih dan suci.
  3. Anda boleh jadikan mini surau sebagai tempat untuk solat berjemaah, mengaji, mendengar tazkirah dan ta'lim hadis bersama ahli keluarga.
  4. Anda juga dapat menyediakan ruang solat yang selesa kepada tetamu.

Tips Untuk Hias Mini Surau Di Rumah

  1. Kenal pasti kiblat dan pastikan kiblat tidak berhadapan dengan pintu atau laluan.
  2. Pilih warna dinding yang lembut dan sejuk supaya selesa untuk beribadah.
  3. Sediakan tempat ambil wuduk berhampiran dengan ruang solat.
  4. Pilih material karpet dan sejadah yang lembut untuk memberikan keselesaan.
  5. Tambahkan cahaya aksen yang menenangkan pada ruang tersebut
  6. Pasang rak buku pada dinding untuk meletakkan Al-Quran atau buku-buku ilmiah yang lain.
  7. Hiaskan dinding dengan ayat-ayat Al-Quran, inspirasi, kaligrafi khat atau lukisan seni Islam yang lain dan bukan daripada figura manusia atau haiwan.
  8. Letakkan bekas atau kotak hiasan untuk menyimpan tasbih, kad doa dan sebagainya.
  9. Pasang ‘air purifier’ atau bukhoor supaya ruang tersebut sentiasa wangi dan lebih selesa untuk beribadah.
  10. Sediakan tempat sidai telekung dan sejadah supaya lebih tersusun dan teratur.

Barang Deko Untuk Mini Surau

Bakhoor Elektrik Afdal

Bakhoor memberikan bau yang menenangkan untuk ruang solat mini anda. Pelbagai set, pelbagai bentuk. Bakhoor bukan sahaja sesuai untuk mini surau, malah boleh digunakan juga sebagai bahan deko di bilik tidur atau ruang tau.
Beli di Shopee

Sticker Mihrab

Pilihan stiker bercorak mihrab yang sangat kontemporari dan sesuai untuk anda yang sukakan deko konsep minimalis.
Beli di Shopee

Penyidai Sejadah

Penyidai sejadah ini kukuh kerana diperbuat dari kayu pine. Ada 2 pilihan untuk anda, 4 stack atau 5 stack dan pilihan warna yang sesuai untuk apa jua konsep deko impian anda.
Beli di Shopee

Penunjuk Arah Kiblat

Kalau rumah anda selalu menerima kunjungan tetamu, letakkan penunjuk arah kiblat seperti ini. Pasti membantu mereka mencari arah kiblat sewaktu menghamparkan sejadah.
Beli di Shopee

Surau Deco Laser Panel

Naikkan seri mini surau di rumah anda dengan hiasan Islamik menggunakan laser panel berbagai corak seperti ini. Hanya guna gam sahaja untuk melekatkan panel ini di dinding.
Beli di Shopee

Frame Hiasan Morocco

Jika anda nakkan kelainan untuk ruang solat, gunakan frame hiasan yang cantik ini. Terdapat pelbagai corak ala Morocco yang sesuai untuk dinding ruang solat anda.
Beli di Shopee

Jam Azan Elektronik

Kadang-kadang tak sedar dah waktu azan. Adanya jam azan ini di mini surau anda membantu memberi peringatan kepada anda di samping sesuai dijadikan hiasan dinding.
Beli di Shopee

Kesimpulannya, Semoga perkongsian daripada kami kali ini dapat memberi idea kepada anda yang ingin hias mini surau di rumah atau di pejabat.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down