Istilah deko mid-century modern mungkin kedengaran asing di Malaysia, namun konsep ini dilihat merupakan satu dekorasi yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati para pemilik rumah.
Pernah popular pada tahun 1940-an, berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada konsep mid-century modern:
Berikut merupakan 10 idea deco ruang makan mid-century modern untuk mewujudkan suasana ruang makan yang tenang dan tersusun.
Penggunaan cermin besar yang mendominasi dinding dapat menampilkan ilusi ruang makan lebih luas dan lapang. Melengkapkan lagi kehadiran perabot, penggunaan warna ‘earth tone’ pula dapat membangkitkan suasana yang lebih selesa dan anggun.
Karpet saiz besar bercorak abstrak menjadi fokus utama ruang makan indah ini. Meja konsul dengan rekaan kemas diletakkan di belakang meja agar dinding tidak kelihatan kosong dan terlalu suram. Penggunaan aksesori walaupun ringkas tetapi ia cukup untuk menarik perhatian serta membuatkan ruang lebih sempurna.
Pencahayaan semulajadi juga menjadi salah satu elemen penting untuk mendapatkan feel konsep Mid-century Modern. Hiasan dinding ditambah sebagai penambah seri dinding putih dan polos manakala meja makan bulat simple pula sebagai pelengkap gaya.
Kombinasi warna hitam dan putih dipadankan dengan karpet oriental menjadikan ruang makan ini nampak elegan. Pencahayaan semulajadi di ruang makan bertemakan mid-century ini membuatkan suasana lebih segar dan hidup.
Pemilihan lampu pendant unik dengan mentol putih kelihatan menarik apabila dipadankan dengan meja makan ini. Kemasan kaki meja juga menjadikan ruang ini lebih berpersonaliti. Ringkas tetapi elegan!
Tumbuhan hijau memberi pengudaraan segar serta tampak serasi di samping set meja makan coklat dan biru tua. Bingkai gambar dan artwork di susun di atas meja konsul menyuntik suasana yang tenteram. Sesuai untuk mereka yang gemarkan gaya santai dan ringkas tetapi masih lagi menyerlahkan impak.
Kaki kerusi yang direka senget menjadikan set meja makan ini mampak lebih ‘sleek’. Cermin bulat digantung rapi pada dinding betul-betul di atas meja konsul akan memberi first impression yang baik pada tetamu. Ada kalanya sesuatu yang ringkas serta tidak berlebihan dalam rekaan adalah lebih baik.
Sepasang ‘Sputnik chandelier’ yang digantung pada siling meja makan menadikan tarikan utama ruang ini. Dinding putih, karpet oriental serta artwork pada dinding juga melengkapkan lagi suasana Mid-century Modern.
Mix and Match kerusi di meja makan untuk ruang tampak lebih ranggi dan menonjol. Tidak ada peraturan menyatakan sesebuah meja makan itu mestilah sedondon. Tampilkan kelainan sekali sekala barulah unik ruang makan anda. Elemen kayu serta warna ‘warm’ pula membuatkan ruang ini nampak selesa.
Ini sahaja perkongsian tentang deco ruang makan mid-century modern. Adakah anda sudah ada idea untuk projek makeover ruang makan yang seterusnya?