3 Trik Simple Dekorasi Mewah Dengan Menggunakan Barang MR DIY

1,345 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bila sampai masa untuk menghias rumah, apa yang ada didalam kepala anda adalah kos, kan? Selalunya kita akan memikirkan dengan berpendapat bahawa menghias rumah akan menelankan duit kos yang sangat tinggi. Apa susah, ikuti sahaja 3 trik simple dekorasi mewah dengan menggunakan barang MR DIY.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, cara hias rumah sendiri tak perlulah upah pakar macam pereka rumah atau decoration designer, cukuplah anda boleh buat sendiri dengan kos yang sangat rendah malah lagi berpuas hati dengan bajet yang murah.

Tambahan pula sekarang tengah viral dan banyak pengguna Facebook melontarkan idea-idea dekorasi mereka di laman sosial. Semuanya dengan menggunakan barangan daripada MR DIY kerana barangan isi rumah dijual dengan harga yang sangat murah dan amat berbaloi. Mari kami tunjukkan beberapa trik untuk dekorasi mewah dengan barang MR DIY.

3 Trik Simple Dekorasi Barang MR DIY Boleh Digunakan Dirumah

1. Tutup Ruangan Bawah Sinki

Mudah je jika anda ingin selesaikan masalah di dapur supaya tidak kelihatan serabut dan banyak barang, hanya mengubah suai shower curtain tersebut untuk menutup pada bahagian bawah sinki. Modal yang kecil tetapi dapat mencantikkan ruangan dapur rumah korang.

2. Ubah Gaya Perabot

Dekorasi Barang MR DIY

Tukar sarung kerusi atau bangku dengan yang baru supaya dapat menampilkan gaya yang lebih kreatif. Dengan cara yang paling mudah untuk rumah korang nampak cantik dengan serikan sarung yang kosong dengan warna yang lebih ceria atau sequin!

3. Pulihkan Dinding Yang Kotor

Dekorasi Barang MR DIY

Mesti ada yang tertanya-tanya cara nak menanggalkan sticker, ini caranya. Nak tahu harganya?? Murah sangat harganya, cuma RM 5.90 je.

Korang perlu tampal dinding menggunakan Deco 3D yang boleh didapati di cawangan MR.DIY dengan pelbagai jenis rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan bila korang nak ubah bentuk yang lain.

Tapi, sebelum korang nak ubah suai, pastikan keadaan dinding korang bersih. Jika ada masalah untuk menanggalkan kesan sticker, double tape atau kesan-kesan yang melekat pada dinding dengan mudah saja guna Sticker Remover by Getsun hanya boleh dapatkan di mana-mana cawangan MR.DIY .

Sumber : Deko Mr.Diy

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down