Idea Dekorasi Pasu Kedai Eco Menjadi Pasu Bunga Berkaki

753 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pasu bunga boleh dikatakan suatu benda penting bagi setiap rumah yang sukakan dekorasi bunga-bungaan. Untuk mendekorasi pasu bunga sebenarnya tidak perlu bajet yang besar tetapi memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Untuk perkongsian kali ini adalah mengenai idea dekorasi pasu bunga kedai eco.

Lihat saja idea ringkas dan mudah ini dengan dekorasi pasu hanya menggunakan barang yang dibeli di kedai eco sahaja. Dekorasi yang menarik ini dihasilkan oleh Tukul Bina. Dengan menggunakan barangan kedai eco ini mampu menjadikan pasu bunga yang biasa itu nampak mewah dan mahal.

Jadi untuk anda yang ingin memiliki pasu bunga seperti ini, boleh cuba membuatnya sendiri kerana caranya cukup mudah dan ringkas. Bajet yang digunakan juga adalah murah dan berpatutan. Anda boleh ikuti cara-cara yang Giler Deco senaraikan dibawah ini.

Idea Dekorasi Pasu Bunga :

Barang-barang utama:

- Pasu dari Eco
- 4 batang kayu sama saiz

Tentukan sudut condong kaki. Dan potong di kertas tebal jadikan sebagai "template" untuk mudahkan tanda pada kayu untuk potong seperti dalam gambar dibawah ini.

Kaki hendaklah di skru dari dalam supaya kukuh. Papan playwood jadi perantara pegang kayu dari dalam.

Siap dan inilah hasilnya iaitu pasu berkaki.

idea dekorasi Pasu BungaGambar penuh selepas selesai letakkan bunga.

idea dekorasi Pasu BungaItu sahaja perkongsian oleh Giler Deco harini. Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam mendekorasikan pasu bunga di rumah.

Baca juga : Nak Beli Mahal, Bermodalkan RM17! Wanita Ini Kongsikan Cara Buat Jam Dinding DIY Yang Menarik!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down