4 Tips Jimat Aircond Agar Bil Bulanan Anda Tidak Melambung

6,605 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penggunaan aircond di Malaysia sememangnya sesuatu yang tidak asing lagi. Hari demi hari, penggunaan pendingin hawa semakin popular seiring dengan perubahan cuaca yang tidak menentu di negara kita. Waima ianya mampu memberi seribu kebaikan kepada kita, namun, masalah utama yang sering kita dengar adalah kos penggunaan aircond dari segi penyelenggaraan mahupun kos elektrik.

Mari kita lihat 4 tips jimat aircond yang boleh anda aplikasikan supaya bil elektrik anda untuk bulan seterusnya tidak lagi melambung.

Bilakah waktu yang sesuai untuk guna aircond?

Sumber foto: acson

Waktu yang sesuai untuk menggunakan aircond secara lazimnya adalah pada waktu siang. Hal ini kerana suhu pada waktu siang adalah lebih tinggi berbanding waktu malam. 

Oleh kerana pada waktu siang anda telah menggunakan aircond dalam jangka masa yang panjang, anda perlu mengurangkan penggunaan aircond pada waktu malam. Tambahan pula waktu malam mempunyai cuaca yang rendah dan lebih sejuk. Jadi susah memadai jika anda menggunakan kipas sahaja pada waktu malam.

Jika anda ingin juga menggunakan aircond pada waktu malam, anda boleh menjimatkan kos penggunaan dengan cara menetapkan pemasa atau timer. Dengan cara yang demikian, penggunaan tenaga akan berkurangan sekaligus meminimumkan kadar kos elektrik.

Apakah mode yang sesuai untuk jimat? 

mode yang sesuai untuk tips jimat aircond
Sumber foto: Oasis Aircond

Sebagai tips jimat aircond, anda perlu mengetahui mode yang sesuai digunakan ketika memasang aircond. Mode yang paling sesuai untuk penjimatan adalah mode kering atau dry mode. Pada mod kering atau dry ini, suhu terendah yang boleh dicapai adalah 25°C, maka kompressor alat penghawa dingin tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang terlampau tinggi di dalam mod ini. Buat pengetahuan anda, penggunaan tenaga adalah maksimum ketika suhu aircond berada di bawah 25 °C.

Harap maklum bahawa penggunaan elektrik oleh alat penghawa dingin anda adalah pada tahap maksimum sekiranya anda menetapkan mod sejuk atau cool dengan suhu 16°C.

Jadi, pada waktu malam, disarankan supaya anda menetapkan sahaja alat penghawa dingin anda pada mod Kering/Dry bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

Apakah tips jimat aircond yang berkesan?

  1. Memastikan kapasiti aircond yang dipasang adalah sesuai dengan saiz ruang.
tips jimat aircond
Sumber foto: H&H air conditioning

Sebagai tips jimat aircond yang pertama, sebelum membeli pendingin hawa, anda haruslah terlebih dahulu mengetahui saiz ruang supaya compatible dengan kapasiti aircond. Kapasiti aircond biasanya dikira di dalam unit HP (Horse Power) dan kapasiti yang kebiasaannya terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP.  Berikut disertakan cara pengiraan kapasiti aircond mengikut saiz ruang. Terdapat dua versi pengiraan. Anda boleh memilih mana-mana yang sesuai. 

Versi 1 

Langkah 1: Kira luas bilik.

Luas bilik = tinggi x lebar bilik

Langkah 2: Kira kapasiti aircond

Kapasiti aircond = luas bilik x 60 / 9000, unit luas adalah unit persegi

Contoh pengiraan:

Sebuah bilik mempunyai tinggi 16 kaki dan lebar 20 kaki. 

Luas bilik = tinggi x lebar = 16 x 20 = 320 kaki persegi

Kapasiti aircond = 320 x 60 / 9000 = 2.13 HP

Maka, kapasiti aircond yang sesuai adalah 2.5 HP

Versi 2

Langkah 1: Kira isipadu bilik

Isipadu bilik = panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) , di mana unit isipadu adalah V ft³

Langkah 2: Darabkan isipadu dengan 6

C1 = V x 6, hasil darab disebut sebagai C1

Langkah 3: Anggarkan jumlah orang (P) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.

C2 = P x 500 BTU/jam, C2 adalah jumlah haba bagi semua orang

Langkah 4: Jumlahkan kedua-dua nilai C1 dan C2 untuk mencari kapasiti

C = C1 + C2, di mana unit C masih BTU/jam

Langkah 5: Setelah dapat nilai C, rujuk jadual di bawah.

Nilai C (BTU/jam)Kapasiti 
9000 - 100001HP
11000 - 150001.5HP
16000 - 200002HP
21000 - 270002.5HP

Contoh pengiraan:

Sebuah bilik berukuran 16' x 20' dengan ketinggian 9.8 kaki (3 meter) dan diduduki oleh 2 orang. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah:

V = Panjang x lebar x tinggi

      = 16 x 20 x 9.8 = 3136

C1 = V X 6

           = 3136 x 6 = 18816

C2 = P X 500 BTU/Jam

                = 2 x 500 BTU/Jam = 1000

C = C1 + C2 

              = 18816 + 1000 = 19816 BTU/Jam 

19816 termasuk dalam range 16000 - 20000 BTU/jam. Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.0HP.

  1. Tips jimat aircond kedua adalah memastikan motor aircond adalah di dalam keadaan yang bersih. Pastikan anda melakukan penyelenggaraan setiap 3 bulan sekali.
How is air conditioner room unit fan motor controlled? - Electrical  Engineering Stack Exchange
Sumber foto: Dreamstime
  1. Gunakan langsir yang berwarna cerah seperti putih atau krim. Hal ini dapat menghalang haba dari matahari masuk ke dalam ruang rumah. Tips jimat aircond ini boleh dibuktikan secara saintifik kerana warna cerah atau putih merupakan pemantul cahaya yang baik.
Sumber foto: Dreamstime
  1. Pilih aircond yang mempunyai rating Energy Efficiency yang tinggi. Setiap produk elektronik mempunyai EER. EER berfungsi untuk menentukan kadar penggunaan tenaga sesebuah peralatan elektronik. Semakin tinggi nilai EER, maka semakin kurang kadar penggunaan elektrik peralatan tersebut. Maka ianya menjadi tanggungjawab anda untuk memilih produk yang mempunyai rating EER yang tinggi. Rating EER sebaiknya adalah 3 bintang dan ke atas.
Everything You Need to Know About BEE Star Labels Before Your Next Purchase  | NDTV Gadgets 360
Sumber foto: amazon

Kesimpulannya, ternyata banyak tips jimat aircond dan kaedah yang boleh anda lakukan untuk membantu meminimakan kos penggunaan aircond. Selepas ini anda tidak perlulah lagi risau akan kos elektrik yang melambung dek penggunaan aircond di rumah. Semoga artikel tips jimat aircond ini membantu dan bermanfaat buat anda.

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down