Cara Paling Mujarab Halau Tikus Dalam Rumah

2,986 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Tikus merupakan mamalia yang mempunyai populasi terbesar dengan lebih 700 spesis semula jadi yang terdapat di dunia. Tikus boleh dikatakan terdapat di merata dunia dan cepat membiak dengan jumlah yang banyak dalam satu masa.

Spesis haiwan ini juga suka tinggal di dalam rumah dan mampu menimbulkan banyak kerosakan sehinggakan pemilik rumah sudah pening kepala memikirkan ikhtiar yang boleh dilakukan bagi menghalau tikus di rumah.

Namun, baru-baru ini, terdapat satu perkongsian menarik yang dikongsikan oleh seorang warganet Tiktok mengenai cara halau tikus dengan menggunakan teknik semula jadi sahaja.

Ingin tahu teknik apa yang dilakukan? Boleh teruskan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Cara Paling Mujarab Halau Tikus Berkeliaran Dalam Rumah

Langkah pertama, masukkan ular peliharaan ke dalam lubang yang telah ditebuk pada dinding rumah.

Cara Paling Mujarab Halau Tikus Dalam Rumah

Langkah 2, letakkan satu bekas kosong di bawah lubang tersebut.

Cara Paling Mujarab Halau Tikus Dalam Rumah

Cakkkk! Seekor tikus telah keluar dari lubang.

Langkah 3, tolak tikus dengan menggunakan penyapu supaya jatuh ke dalam bekas tersebut.

Inilah hasil tangkapan yang diperoleh sebanyak 14 ekor kesemuanya.

Apabila kesemua tikus telah keluar, maka pemburu tikus itu pun turut keluar.

Langkah akhir, tarik ular peliharaan tersebut keluar dari lubang. Selesai, dengan menggunakan cara seperti ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan haiwan perosak seperti tikus berkeliaran di dalam rumah.

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk menghalau tikus yang suka berkeliaran di dalam rumah. Selamat mencuba.

Kredit: TT @Sinarfatehah786_KS.

Video Asal: Ozzy Man Reviews.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down